Rupanya IMM13 Diterimapakai Oleh Kerajaan Filipina

Rupanya IMM13 Diterimapakai Oleh Kerajaan Filipina. Apa Macam Timbalan Menteri KDN?

Sebelum ini admin ada terbitkan satu artikel yang bertajuk “betul sangatkah alasan Azis jamman berhubung OTK atau PTI itu,”

https://jalinluin.com/2018/11/17/betul-sangat-kah-alasan-aziz-jamman-berhubung-otk-atau-pti-itu/

Artikel itu bagi menafikan kenyataan Timbalan Menteri KDN Malaysia, Aziz Jamman. Dia mendakwa bahawa tiada isu bagi orang tiada kewarganegaraan atau OTK tidak dihantar ke negara asal kerana ia telah lama diusahakan oleh kerajaan terdahulu tapi menemui jalan buntu kerana negara asal seperti Filipina tidak mengiktiraf OTK sebagai rakyat mereka.

Timbalan Menteri berkenaan juga turut mendakwa bahwa IMM13 tidak diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

Dalam artikel awal itu, kita nafikan kalau kerajaan Filipina menolak OTK yang dihantar ke negara asal Filipina, kerana sebelum ini kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh BN telah pun memeterai persetujuan dengan kerajaan Filipina, Presiden Rodriguez Duterte bahawa Filipina bersetuju menerima OTK daripada Malaysia, Sabah khususnya.

Admin juga sertakan link portal sebagai rujukan atau bukti bahawa kerjasama Malaysia dan Filipina memang wujud dan OTK diterima oleh negara asal.

Hari ini terpampang di dada akhbar tempatan Sabah Borneo Post bahawa sebenarnya dokumen IMM13 diterimapakai oleh negara Filipina ia disahkan oleh kedutaan Filipina yang berpusat di Kuala Lumpur.

So kenapa bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri KDN, Azis Jamman?

Suka juga admin bertanya pada pihak atau masyarakat yang terbabit tidakkah dakwaan kononnya IMM13 tidak boleh “diniagakan” dan orang tiada negara atau kewarganegaraan (OTK) adalah satu penghinaan?

Dulu atas nama serumpun, senang senang jak IMM13 dibuat selepas itu diproses menjadi keterangan diri atau Mykad tapi last last Warisan yang dipilih. Hemmm!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s