ICERD – Siapa Senator P. Waythamoorthy Berani Menduakan 153

Kenapa dan siapa juga Senator Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia P. Waythamoorthy yang berani menduakan perlembagaan 153 atau memberikan jaminan luar biasa, bahawa walaupun Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasikan. Namun dijamin artikel atau Perlembagaan 153 Persekutuan tidak akan dimansuhkan.

Atas jaminan itu, konsultasi akan diadakan bagi mendapatkan pandangan perundangan dari dalam dan luar negara serta pendapat intelektual masyarakat. Amboi! 😊

Mengalahkan Agong, Agong yang menjadi payung bangsa dan agama melalui perlembagaan yang sedia ada dan telah terbukti berjaya menjaga keamanan negara pun tidak terfikir akan memperkenalkan satu lagi perlembagaan baharu untuk menggantikan 153.

Bikin lucu pula Senator tu, seolah-olah rakyat Malaysia ini tidak sayang dan tidak pernah membaca kandungan perlembagaan 153.

Perlembagaan 153 menyebut bahawa perlembagaan ini sendiri memberikan kuasa kepada yang di-pertuan Agong untuk menjaga keistimewaan orang Melayu di Semenanjung dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Jaminan itu meliputi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Selepas ini dipanggil sebagai kontrak sosial.

Nampak tak Agong sendiri yang menjaga dan mempraktikkan perlembagaan 153.

Mengikut Senator itu ICERD juga mendapat sokongan dari Perdana Menteri Malaysia bila mana Mahathir Mohamad semasa dipersidangan PBB menyatakan pendirian kerajaan baharu Malaysia yang mendukung segala prinsip yang diperkenalkan oleh PBB. Wow!

Siapa sebenarnya P. Waytha Moorthy itu, adakah dia jenis orang yang boleh dipercayai jujur, bersemangat nasionalisme atau hanyalah baruah kepada pihak yang ingin menghapuskan keistimewaan Melayu dan Bumiputera di bumi Malaysia.

Senator P WaythaMoorthy ialah Menteri yang menjaga perpaduan negara dan kesejahteraan sosial rakyat Malaysia. Dia juga berjuang melalui pertubuhan haram Hindraf.

Pun begitu mari kita tonton rakaman dibawah agar kamu kenal siapa Senator P. Waythamoorthy
dan nampak hasrat tersirat disebalik ICERD yang cuba diamalkan di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s