Benar UPKO Yang Menyebabkan BN Sabah “Kalah”

Lain pula politik Warisan ni daripada awal kempen PRU14 sehinggalah ke hari menjadi kerajaan Sabah tiada satu pun kesalahan yang dilemparkan oleh lawan yang diakui benar oleh pemimpin dan penyokong Warisan, bikin hairan mengalahkan kesucian Malaikat.

Apa yang dimaksudkan oleh admin ialah berhubung kenyataan Joseph Pairin Kitingan yang mendakwa UPKO telah membelot menyebabkan BN Sabah kalah. Tapi dakwaan itu dinafikan oleh setiausaha Agung Warisan si Loretto Padua kononnya BN Sabah kalah kerana rakyat yang menginginkan perubahan.

Sejujurnya tidak dinafikan rakyat memang inginkan perubahan tapi hanya melibatkan beberapa Dun dan Parlimen. Tidaklah secara total rakyat Sabah pada masa itu menolak BN kerana inginkan perubahan yang dicanang oleh parti Warisan. Itu tipu, sebab itu jugalah Warisan menang kerana berjaya menerapkan agenda atau propaganda yang indah khabar dari rupa atau penipuan politik.

Admin belum terbaca kenyataan Joseph Pairin yang dirujuk oleh setiausaha Agung Warisan berkenaan. Tapi yang pasti admin ada bahan yang mampu membuktikan atau menyokong dakwaan Joseph Pairin Kitingan itu adalah benar sebaliknya membuktikan UPKO lah yang menyebabkan BN kalah. Bahan itu dalam bentuk Video yang dikirim oleh seorang admire admin.

Rakaman menunjukkan wakil UPKO, Yb Masiung Banah sedang mengangkat akur janji di hadapan Ketua Menteri, Musa Aman sebelum UPKO membuat pusingan U turn atau membelot.

Sangat jelas menerusi rakaman itu, UPKO menafikan yang mereka akan meninggalkan BN dan kesetiaan mereka tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak melainkan atas kehendak atau persetujuan dari kepimpinan UPKO. Tapi tup tup pada 12hb Mei 2018 identiti UPKO bertukar menjadi katak yang menjadi penyumbang besar kepada pembentukan kerajaan negeri Sabah.

Itukah yang dimaksudkan oleh Joseph Pairin Kitingan? Kalau iya, nah janganlah Warisan menafikannya, sebab kalau tidak senang senang masyarakat menganggap kamu pemimpin dan penyokong yang membelakangkan akal. Malu!

Mahkamah Tinggi semasa menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah, sama ada Musa atau Shafie. Hakim telah menggunakan kuantiti Yb yang melompat sebagai hujahnya.

Mungkin kah rakaman ini nanti akan membantu pihak pendakwah semasa kes Ketua Menteri Sabah yang sah dibicarakan di Mahkamah Rayuan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s