Shafie Menuntut Sabah Menjadi Wilayah – Selamanya Propaganda

Wilayah bermaksud memerintah sendiri (the right of self-government). Persoalannya bolehkah ia dilaksanakan melalui proses pilihanraya apa lagi parti dari Semenanjung iaitu DAP dan PKR juga menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri Sabah dan enam lagi katak daripada BN.

Jangan juga lupa beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang disandang oleh Yb dari GBS yang juga mewakili suara rakyat Sabah.

Warisan sudah sudahlah menyebarkan propaganda tu, move on sajalah, kasih kaya konok masyarakat Sabah ini, seperti yang dilaungkan semasa kempen PRU14.

Mana sudah tanah Felda Lahad Datu yang dijanjikan akan diberikan kepada rakyat Sabah tu?

Jangan juga lupa penuhi hasrat segelintir guru-guru yang menyokong Warisan, kerana tujuan mereka menyokong Warisan antara lain agar kadar elaun yang mereka terima setara dengan guru guru dari Semenanjung.

Jangan tunjukkan sangat sikap merendahkan keintelektualan rakyat Sabah.

Semasa kempen pru14 pihak BN pernah mengutarakan isu bagaimana mungkin Sabah boleh menjadi satu wilayah ataupun full autonomi sedangkan Warisan turut serta dalam proses demokrasi iaitu pilihanraya. Dalam erti kata lain autonomi hanya boleh dituntut melalui proses pungutan suara atau memorandum dari semua lapisan masyarakat Sabah dan pastinya bukan hanya suara dari penyokong Warisan. Alahai!

Klik link dibawah, antara manifesto Sabah Ubah semasa kempen pru14

https://jalinluin.com/2017/05/10/janji-janji-warisan-untuk-orang-sabah/

Atau ura-ura ini hanyalah bertujuan bagi menutup kegagalan Warisan yang mana sehingga hari ini Warisan masih gagal melaksanakan hampir kesemua agenda Sabah Ubah. Ambil contoh lain, mewujudkan Kementerian Pelajaran Sabah, apa cerita sudah ni?

Sebelum ini Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal ada menyatakan bahawa jawatankuasa khas mengenai perjanjian Malaysia akan bermesyuarat bagi memindah perlembagaan persekutuan yang akan mengiktiraf Sabah sebagai satu wilayah. Hemmm!

Samalah ceritanya ni dengan retorik si Darell Leiking, bilamana dia menyuarakan Sabah akan menuntut 40% daripada keseluruhan output atau hasil Sabah. Walhal sebelum ini tuntutan serendah royalti minyak 20% tidak mendapat perhatian.

Klik link dibawah fasal tuntutan retorik 40% hasil Sabah.

https://jalinluin.com/2018/11/04/darell-cukuplah-memberi-harapan-palsu-bikin-muntah-40-hasil-sabah/

Shafie juga menyatakan mesyuarat Wilayah itu hanya memerlukan masa 6 minggu. Bha tidak apalah mari kita tengok.

Poyoh sangatlah Warisan ni cakap saja yang berlebihan. Hasilnya, tarak! 😊

One thought on “Shafie Menuntut Sabah Menjadi Wilayah – Selamanya Propaganda

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: