Ini berita yang menggemparkan dan telah disahkan, dimana ahli PKR Keningau telah memukul calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi semasa berkempen di Keningau untuk diri dan kumpulannya telah mencetuskan insiden pergaduhan atau kekecohan di antara pihak Rafizi dan pihak Azmin Ali
Dipercayai Rafizi telah dipukul dibahagian kepala tapi tidaklah sampai membawa kecederaan yang serius. Walaubagaimanapun Rafizi telah membuat laporan polis agar individu atau pihak yang terbabit dapat dikenal pasti dan dapat diambil tindakan.
Banyak spekulasi yang admin dengar, kata mereka kekecohan dimulakan oleh penyokong Azmin Ali, tapi sebelah pihak pula mendakwa penyokong Rafizi yang bersikap agresif hingga menimbulkan kekecohan.
Siapa pun yang memulakan, mereka harus dikecam dan dipertanggungjawabkan, apa lagi kejadian ini berlaku di Sabah yang sudah tentu telah membawa imej yang negatif.
Perbuatan memukul hanya kerana politik apa lagi melibatkan ahli sendiri adalah perbuatan yang tidak bertamadun.
Dibawah beberapa gambar dan rakaman kejadian semasa dan selepas kekecohan.
1. https://youtu.be/26VqXiL4gfs
2. https://youtu.be/vsWeyvD–AY
Tinggalkan Jawapan