GBS Tidak Kemana Kerana Anifah dan Hajiji Bekas UMNO – Shafie

Apa bah yang mahu disampaikan oleh Shafie ini berhubung penubuhan Gabungan Sabah. Dia kata gabungan itu tidak akan membawa perubahan kerana ia diisi oleh bekas dan pemimpin UMNO seperti Anifah Aman dan Hajiji.

(Pada 24hb yang lalu pembangkang Sabah yang terdiri dari kompenan PBS, STAR, UMNO dan Bebas telah menubuhkan Gabungan Bersatu Sabah)

Shafie juga mendakwa dulu UMNO dan Star Sabah bertelingkah.

Hahah! kalau pernah bertelingkah jadi kenapa lah? apa Shafie lupa Anwar dan Mahathir juga bertelingkah tapi akhirnya bersatu.

Kalau Anifah dah Hajiji bekas pemimpin UMNO bagaimana pula dengan diri Shafie itu sendiri dia juga bekas pemimpin UMNO yang berjawatan Naib Presiden UMNO Malaysia tapi menggugurkan dirinya lalu menubuhkan Parti Warisan. Jadi apa yang membezakan mereka?

Jangan Shafie lupa, pada PRU yang lalu Anifah dan Hajiji adalah calon BN yang berjaya mempertahankan kemenangan mereka.

Shafie juga mendakwa kononnya rakyat telah bersuara semasa pilihan raya yang lepas jadi hormati keputusan rakyat yang telah menolak BN. Hahahahaha! seruan yang retorik adakah pilihan raya hanya berlaku sekali?

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang lalu BN Sabah berjaya mendapat 29 kerusi DUN berbanding Warisan hanya mendapat 21 kerusi. Jadi siapa yang tetap diminati oleh rakyat Sabah? Sedangkan kalau dikira, berdasarkan isu yang memalitkan BN pada PRU14, sepatutny BN hanya mendapat tidak lebih dari lima kerusi tapi sebaliknya berjaya mengekalkan kemenangan sehingga 29 kerusi. Ini menunjukkan BN adalah parti yang dipercayai sekaligus menjadi pilihan rakyat Sabah.

Dan kalau kita perhatikan, sudah lebih 100 hari Warisan menjadi “kerajaan” Sabah tapi tiada kebaikan jangka panjang dan pendek yang kita dengar dan rasakan. Selain kenyataan negatif dari pemimpin dan kompenan Warisan berkaitan kewujudan kaum Suluk di negeri Sabah. Bikin lucu!

Maksudnya dalam usaha Warisan menarik perhatian pengundi KDMR terpaksa mereka menafikan kewujudan kaum Suluk yang menuntut agar kerabat mereka diberikan keterangan diri tapi dalam masa yang sama pemimpin Warisan yang pro Kaum Suluk bersandiwara kononnya itu hanyalah lakonan.

Seperti mana kenyataan retorik dari Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking dibawah dia akan keluar parti andai Warisan terlibat dalam memberikan keterangan diri pada PTI yang terdiri dari kaum Suluk dan Bugis.

Begitu mudah Warisan menafikan sumbangan atau undi dari kerabat kaum Suluk. Kacang lupakan kulit kan!

Tidak seperti BN sebelum ini berjuta Ic Projek diberikan oleh kerajaan BN tapi sayang sebahagian penerima Ic Projek berkenaan tidak pandai bersyukur, menyebabkan pada PRU yang lalu mereka memihak Warisan.

Warisan jangan saja sibuk berpolitik, admin dengar sejak Warisan “memerintah” Sabah. Gejala sosial di Kampung kampung luar bandar dan pedalaman semakin membimbangkan dan jangan Shafie ingat itu bukan sebahagian daripada tugas seorang “Ketua Menteri” ya. Malaikat sedang memerhati tu!

Published
Categorized as UMNO

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: