Dibawah ini adalah link artikel terbodoh yang admin pernah hasilkan. Ini kerana pada masa itu admin memihak pembangkang jadi sudah tentulah admin disogokkan dengan maklumat maklumat yang “khurafat”. Sebab itulah admin bahasakan ini adalah artikel terbodoh.
https://jalinluin.com/2016/09/22/darell-leiking-keluar-pkr/
Semasa itu admin dibutakan dengan pelbagai persepsi, bahwa si Darell akan memperjuangkan hak hak Sabah melalui parti tempatan yang akan diketuai oleh Shafie Apdal. (waktu itu nama parti Warisan masih menjadi teka teki).
Faktor hak hak yang dimanipulasikan itulah yang menyebabkan diawal kemunculan Warisan, parti ini mendapat perhatian dari masyarakat KDMR tapi selepas ini tidak lagi. Tolak Warisan!
Pada masa itu, bila saja disebut parti tempatan Sabah, maka secara langsung kita akan faham dan nampak, bahwa pemimpin pemimpin parti itu nanti akan bertanding atas tiket DUN. Iya lah, sebab kalau tidak bagaimana mungkin mereka boleh memperjuangkan hak hak Sabah. Betul tak?
Lihat saja parti tempatan Sabah seperti STAR yang juga beretorik dengan perjanjian 1963, bukankah semua calon mereka hanya bertanding diperingkat DUN?
Oleh itu tolong imbas kembali kenyataan atau ucapan pemimpin pemimpin Warisan diawal diprogram jelajah mereka ke seluruh Sabah, terutamanya ucapan dari Presiden Warisan, Shafie Apdal. Kamu akan dapati, kononnya Warisan akan menolak sebarang kerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung. Kerana ia hanya akan membantutkan agenda Sabah Ubah atau Sabah for Sabahan, dalam erti kata lain Warisan akan menuntut hak hak Sabah tanpa bantuan Federal atau lebih tepat lagi Warisan akan menuntut separa autonomi berlandaskan perjanjian 1963 tanpa kerjasama dari mana mana rakan kongsi yang berasal dari Semenanjung. Betul?
Admin ada rekod dan boleh membuktikannya, sila klik link dibawah :-
https://jalinluin.com/2017/05/18/selepas-artikel-dan-pendedahan-dr-jeffrey-kini-warisan-flip-flop/
https://jalinluin.com/2018/02/15/warisan-berkerjasama-dengan-ph-terence-siambun-edisi-kantoi/
Pokoknya si Darell Leiking sebelum ini adalah seorang ahli Parlimen yang menang atas tiket PKR. Dan alasan kenapa dia meninggalkan PKR adalah kerana beberapa faktor, antara lain ialah kedudukannya sebagai ahli Parlimen dan ahli PKR yang menghalangnya dari memperjuangkan hak hak Sabah.
Tapi hari ini si Darell Leiking selaku Timbalan Presiden Warisan bertanding pula untuk merebut jawatan ahli Parlimen. Jadi bagaimana mungkin dia boleh menyuarakan hak hak Sabah yang seharusnya disuarakan melalui Dewan Undangan Negeri Sabah? dan tidak kah ia bertentangan dengan matlamat asalnya hingga meninggalkan PKR?
Dengan itu adakah si Darell telah menjadi korban kelicikan politik bossnya. Hingga suaranya yang mewakili KDMR dari sudut Sabah for Sabahan hilang begitu saja?
Malah kalau kita melihatnya dari konteks persaingan sebagai pemimpin parti, jelas mencalonkan si Darell ke peringkat Parlimen telah menguntungkan kedudukan Shafie Apdal sebagai Presiden parti tempatan. Ertinya masyarakat KDMR adalah khadam kepada politik peribadi Shafie.
Lepas itu, bagaimana mungkin dia layak menduduki jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, sedangkan dia bertanding diperingkat Parlimen?
Dan rupanya si Darell jenis angguk angguk, dia tidak tahu apa yang dia buat.
Kesimpulannya kenapa si Darell Leiking di remote sebagai Ahli Parlimen sedangkan parti Warisan itu sendiri adalah parti yang ditubuhkan untuk negeri?
KDMR Pro Warisan kena kencing ni. Jadi sebelum terlambat, fikir fikirkanlah, jangan sampai menang sorak kampung tergadai!
Anjing umno mcm azwan ali saja kau ini
LikeLiked by 1 person
Hahaah. Cakap macam saja kau orang berani. Potongan. Haha
LikeLike
Semua kau komen ni, berlagak saja yang lebih. Hahahha
LikeLiked by 1 person