Akhirnya PPBM mengakui bahawa mereka gagal memenuhi dua syarat dari sembilan syarat yang dikehendaki oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dibawah Seksyen 14 (2) akta pertubuhan.

Menyebabkan PPBM berpotensi untuk tidak menggunakan logo Parti itu pada PRU yang akan datang.

Dua syarat yang gagal dipenuhi itu ialah PPBM gagal mengemukakan laporan mesyuarat agung dan laporan kira-kira akhir parti yang telah diaudit.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin juga mengakui sehingga hari ini mereka masih gagal menubuhkan Cawangan di semua Bahagian.

Iya lah secara prinsipnya pun mana mungkin mesyuarat bahagian boleh diadakan sedangkan mesyuarat diperingkat cawangan belum dijalankan.

Hanya parti Warisan yang boleh berbuat demikian. Tetiba mengadakan mesyuarat agung peringkat bahagian sedangkan Warisan belum wujud diperingkat cawangan. He!

Kalau PPBM pun gagal memenuhi syarat yang dikehendaki, apa lagi agaknya parti Warisan yang tidak ditubuhkan tapi dibeli macam sayur di pasar.

Yang pasti selepas ini, ROS akan menuntut laporan mesyuarat agung dan pernyata kira kira sejak parti asal Warisan ditubuhkan. Ada?

Itu bermakna PPBM dan Warisan tidak boleh bertanding!

Nampak gayanya terpaksalah Warisan berkongsi logo dengan mana mana parti pembangkang di negeri Sabah, seperti mana PPBM dijangka berkongsi dengan DAP atau mana mana komponen PH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s