Inilah realitinya tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan BN melalui sistem pendidikan terhadap masyarakat Cina di Malaysia.
Lama sebelum ini kita sering mendengar kenyataan yang tidak berpuas hati, dimana kononnya masa depan kaum Cina di negara ini diabaikan. Ini berdasarkan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berbanding Sekolah Kebangsaan.
Dan kita tahu propaganda itu telah lama dimainkan dan digegarkan oleh jentera DAP atau RBA hingga berjaya meyakinkan sebahagian masyarakat Cina menyebabkan mereka menyokong parti parti pembangkang terutamanya DAP.
Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dimana tidak ada kerajaan di dunia ini yang membina Sekolah khas untuk satu bangsa. Sedangkan bangsa itu asalnya adalah imigran. Selain kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh parti BN.
Dengarkan pendedahan ini, semoga mampu membetulkan pemikiran yang selama ini berjaya dihasut oleh jentera propaganda pembangkang.
Pendedahan ini juga menyebut perbandingan diantara PM Najib Razak dan Dr M dari konteks Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.