Shafie Apdal Berbohong – PCS

Pemimpin Warisan dan PCS tidur satu bantal mimpi lain lain 😁

Untuk kesekian kalinya Presiden Warisan mencetuskan kontroversi melalui ucapan politiknya, kali ini semasa berucap di Kampung Ketiau, Penampang pada 10hb Mach.

Di bawah ini admin kutip kenyataan rasmi dari pemimpin Parti Cinta Sabah (PCS), Kalakau Untol dan penyokong PCS yang dirujuk oleh pemimpin ini.

Pembohongan Shafie di Kampung Ketiau telah memberi impak negatif kepada masyarakat KDMR dan anak negeri.

Itu belum lagi Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah sudah pun berbohong kepada masyarakat KDMR dan anak negeri.

Pada hakikatnya banyak lagi masalah yang perlu KDMR dan anak negeri Sabah pertimbangkan sebelum terfikir untuk menyokong Parti Warisan.

Presiden Warisan, Shafie Apdal sebelum ini semasa berucap di Kampung Ketiau mendakwa bahwa Presiden PCS, Wilfred Bumburing ada berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak atas tujuan politik. Sebab itulah Presiden PCS itu tidak pernah mengkritik BN.

Tapi kedua dakwaan Shafie itu dinafikan sekeras kerasnya oleh kepimpinan PCS, sebagai Shafie telah berbohong kepada masyarakat Sabah.

PCS mencabar kepimpinan Warisan agar menunjukkan bukti atas semua tuduhan mereka diatas.

Menurutnya lagi pada hakikatnya siapa yang terlebih dahulu meninggalkan BN, Wilfred Bumburing atau Shafie? membuktikan dakwaan Presiden PCS tidak pernah mengkritik BN adalah pembohongan Warisan semata-mata.

Pada satu kenyataan, PCS sebaliknya mempersoalkan kenapa Warisan hanya berkempen di pantai barat Sabah dan tidak di pantai timur. Apa alasannya? (kerana disana ada Yusof Apdal dan Tun Sakaran)

Andai selepas ini, Warisan dan PCS masih cuba untuk mencari persamaan maka sahlah kedua parti ini adalah kartun. Hanya layak disokong oleh mereka yang berfikiran kartun.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.