Equanimity Tidak Ada Kaitan Dengan Malaysia – Indonesia

Nah jadi apa cerita, kerajaan Indonesia telah mengesahkan bahawa penyitaan kapal layar Equanimity yang didakwa milik Jho Low itu tidak ada kaitannya dengan kerajaan Malaysia aka 1MDB.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah Polis Indonesia, Bahagian Jenayah dan Ekonomi, Daniel Silitonga.

Beliau dipetik, dalam konteks Equanimity negaranya hanya ada hubungan dengan Amerika aka DOJ, justeru itulah kerajaan Indonesia menahan Equanimity.

Itu bermaksud dakwaan sesetengah penyokong pembangkang di negara ini yang mendakwa kononnya kerajaan Malaysia tidak bersungguh menangkap kapal layar Equanimity kerana bersekongkol dengan Jho Low adalah dakwaan yang tidak ada kebenarannya. Hakikatnya FBI tidak meminta kerjasama dari kerajaan Malaysia untuk menahan Equanimity. Ini fakta!

Sebab itulah kalau kita ikuti kenyataan bekas pemimpin UMNO Rafidah Aziz, dia sendiri mengakui pernah melihat kapal layar itu berlabuh di negara Thailand.

Tapi kenapa waktu itu kerajaan Thailand tidak menangkap atau menyita kapal berkenaan? Sebab Amerika tidak meminta kerjasama dari pihak Polis Thailand.

Sebaliknya menerusi kenyataan yang sama, Rafidah menyalahkan Malaysia. Bikin hairan!

Ini bermaksud bukannya kerajaan Malaysia tidak mahu menahan atau mencari Jho Low tapi sebaliknya kerajaan Amerika Syarikat tidak meminta bantuan dari kerajaan Malaysia, seperti mana keatas Indonesia dan tidak keatas Thailand.

Sebab itulah kalau kita perhalusi sepatutnya tiada seorang pun dari pihak pembangkang yang boleh membuat dakwaan dengan mengaitkan Equanimity itu dengan 1MDB kerana ia masih dalam siasatan pihak DOJ. Apa lagi Equanimity dan 1MDB adalah dua entiti yang berbeza.

Jangan berlagak cerdik, berfikir dan bercakap saja mengikut hukum!

Jangan juga berlagak suci hingga begitu mudah mengaitkan orang lain dengan kesalahan. Tapi tengok dulu pemimpin atau parti pembangkang yang kamu sokong itu, dimana ada diantara mereka yang telah pun disiasat oleh pihak yang berwajib sebab disyaki telah melenyapkan dana berbilion ringgit.

https://jalinluin.com/2018/03/03/totok-warisan-dr-m-rais-yatim-apa-bukti-equanimity-itu-dibeli-menggunakan-dana-1mdb/

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s