
Bendahari UMNO Bahagian Semporna, Abdul Razak Tun Sakaran mengingatkan rakyat khususnya ahli UMNO agar tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang secara konsisten menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional dimana kononnya ekonomi dan politik negara tidak stabil.
Katanya mengikut piawaian Bank Negara, Malaysia masih berada di landasan yang betul kerana ekonomi negara diurus secara konsisten dan sistematik. Dimana ekonomi berkembang sehingga 4.3 peratus pada suku ketiga 2016.
Kerajaan juga mengambil tindakan konkrit dan proaktif meningkatkan ekonomi negara berbanding pembangkang yang tidak menawarkan apa-apa untuk menjana ekonomi negara.
Beliau berpendapat demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Semporna Tawau dan Kunak bagi menyampaikan touchpoint kepada golongan sasar.
Tindakan pembangkang yang menyeru agar rakyat menukar kerajaan bagi menyelamatkan ekonomi dan politik negara hanyalah seruan yang retorik, malah bukan jalan terbaik untuk mensejahterakan negara dan rakyat.
Justeru itu jangan mudah terpengaruh dengan dakyah songsang pembangkang yang semata mata demi kepentingan politik mereka.






















Leave a Reply