Rundingan Agihan Kerusi Warisan dan PH Sabah Di Pusingan Kedua

Terkini pusingan kedua bagi merundingkan agihan kerusi di antara Parti Warisan Sabah dengan Pakatan Harapan Sabah sedang berjalan.

Perkara terbaru ini dijelaskan oleh Timbalan Pengerusi PH Sabah, Stephen Wong. Bahwa mesyuarat awal telah pun diadakan dengan wakil dari parti Warisan.

“Terdapat satu pusingan rundingan di antara kita dan kita perlu mencapai beberapa perkara yang sama,” kata Wong, Ketua DAP Sabah, kepada FMT hari ini

“Kami benar-benar tidak mempunyai banyak masa sehingga pilihan raya diadakan, ia hanya soal bulan dan setiap hari,” katanya, sambil menambah bahawa komponen PH Sabah PKR, DAP dan Amanah telah mencapai kesepakatan di kalangan mereka.

DAP juga berminat untuk mengekalkan calon mereka seperti pada PRU13 yang lepas iaitu di Kepayan, Elopura, Karamunting, Tanjung Papat, Sri Tanjung, Malalap, Likas dan Luyang.

Untuk makluman Junz Wong adalah Yb DUN Likas yang dimenangi atas tiket DAP. Selepas ini kemana agaknya dia akan membawa diri, Semporna? šŸ˜

Cerita kerusi segala ni, semakin menarik oh membuat penyokong BN tersenyum riang. Kerana perkembangan ini, parti Warisan sebagai wadah yang kononnya menolak kerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung telah kantoi terburai. Dibawah adalah kenyataan rasmi dari Presiden Warisan yang menolak kerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung. Rakaman dibuat semasa Majlis Hari Raya tahun 2017.

Dan banyak lagi artikel yang berkaitan di blog ini, kalau rajin silalah scroll, ada tu.

Ditambah baru baru ini Ketua Wira Warisan Sabah turut menafikan kerjasama itu, ekoran penolakan cadangan agihan oleh Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking.

https://jalinluin.com/2018/01/28/bukti-warisan-tidak-berkerjasama-dengan-ph-ketua-wira-warisan/

https://jalinluin.com/2018/01/27/warisan-aka-ayam-kampung-semakin-terdesak/

Mana sudah dakwaan liar dari jentera rasmi Warisan kononnya DAP di Sabah adalah sekutu BN Sabah?

Kesimpulannya selepas ini jangan lagi rakyat Sabah percaya bulat bulat pada kenyataan politik yang dikeluarkan oleh kepimpinan Warisan dan tolak bulat bulat kenyataan dari jentera mereka. Ini parti macam susah, hari ini cakap lain, esok cakap lain. Hemmm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s