Tsunami Calon Warisan DUN Sook & Parlimen Keningau

DUN Sook dan Parlimen Keningau dilanda tsunami calon dari parti Warisan.

Individu yang telah dikenal pasti dan menjadi bahan cerita dikalangan ahli Warisan ialah Si Martinn seorang Peguam dan Si Bonifaced bekas anggota Polis. Dikhabarkan si Martinn ingin bertanding di DUN Sook walaupun sudah dua kali kalah atau hilang wang pertaruhan di Parlimen P182 Pensiangan. Manakala Bonifaced adalah pendatang baharu dalam politik, dikhabarkan diminati oleh ramai golongan muda.

Namun keduanya terpalit dengan skandal peribadi contohnya si Martinn pernah terlibat dalam kes pecah amanah dan bankrupsi sebelum ini? Begitu juga dengan Bonifaced bekas anggota Polis yang ada kes lampau, menyebabkannya dipecat dari PDRM?

Tidak lupa perebutan calon untuk Parlimen Keningau P180. Di antara Lorettoo, Setiausaha Agung Parti Warisan dan pendatang baru dalam parti Warisan iaitu Si Jake yang melompat dari PBS kerana marah apabila tidak dicalonkan di Parlimen Keningau.

Itulah muka muka baru dan lama yang sedang berebut dan bakal bertanding atas tiket Warisan.

Mereka tu jenis muka muka yang ada potensi menjadi Yb dan dikenali kuat berkerja untuk rakyat kah atau jenis orang yang kuat bertempik dan berpolitik air liur? 😷

Yang seorang tu tampak ok tapi kureng sebab terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dalam bidangnya. Manakala yang tiga lagi itu nampak sangat kemaruk ingin menjadi calon dan mereka ada sejarah katak, melompat dari satu parti ke parti yang baru tanpa alasan yang munasabah.

Walaupun didalam politik tidak ada istilah sejarah lampau yang boleh menjejaskan 100% potensi seseorang. Tapi sebagai masyarakat Sabah kenalah mereka bijaksana memilih parti sebagai landasan perjuangan yang telah terbukti berkemampuan dan konsisten membela nasib masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s