Nampaknya Warisan semakin terdesak, terdesak dalam usaha meletakkan parti itu di atas parti-parti pembangkang yang lain di negeri Sabah.

Iya lah, kalau tidak nampak kuat dan duduk di atas, mana mungkin Shafie akan dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Sabah dari blok pembangkang Sabah.

Ia bermula apabila Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking memperlekeh cadangan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Walaupun cadangan itu dikemukakan oleh Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Stephen Wong dan disaksikan sendiri oleh juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Malaysia, Muhyiddin Yassin.

https://jalinluin.com/2018/01/24/rundingan-kerusi-warisan-dan-ph-sabah-sehingga-hujung-bulan-ini/

Akibatnya dalam nada sinis Timbalan Pengerusi PH Pusat, Muhyiddin Yassin memperli perjuangan parti yang degil itu sebagai cerita lama

https://jalinluin.com/2018/01/25/agenda-borneo-cerita-lama-muhyiddin-ph/

Warisan menganggap cadangan itu, sebagai cadangan peribadi DAP yang negatif kepada blok pembangkang. Amboi!

Ironinya kenyataan angkuh Timbalan Presiden Warisan itu seolah olah disokong oleh Christina Liew, Pengerusi Pakatan Harapan Sabah yang juga pemimpin PKR. Christina menafikan bahwa cadangan Stephen Wong itu tidak mewakili Pakatan Harapan (PH) tapi sebaliknya hanyalah cadangan peribadi dari parti DAP Sabah. Wah!

Kerana itu Christina telah menulis surat kepada Presiden Warisan agar perbincangan yang lebih lanjut dapat diadakan bersama PH Sabah. Sekaligus sebagai tanda permohonan maaf.

Mungkin si Christina ingat dengan tunduk kepada Warisan, kerusi Penampang akan diberikan kepada PKR, begitu dengan Moyog. Jangan harap! Yang pasti kerusi Likas akan tetap diambil balik oleh DAP.

Mungkin juga si Christina ni tidak tahu majoriti penyokong PKR diluar sana anti kepada Presiden Warisan. Nah jangan sampai dirinya yang menjadi mangsa kejahilannya. Kesian!

Akibatnya ramai di kalangan jentera rasmi Warisan yang mendakwa DAP Sabah sebagai kroni BN di negeri Sabah. Giler ahh, betul betul angkuh.

Namanya ayam kampung tolong jangan lupa diri. Kalau Warisan tu benar kuat, tidaklah parti ini berkerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah (PH). Walaupun sebelum ini telah menegaskan tidak akan berkerjasama dengan parti parti politik daripada Semenanjung. Hipokrit!

Ehhh sungguh kah Warisan akan berkerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung ya? 😷

3 thoughts on “Warisan aka Ayam Kampung Semakin Terdesak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s