Kenapa pula penyokong Warisan tidak berpuas hati, bila anggota RELA bertindak membuat laporan Polis atau menunjuk perasaan terhadap Presiden mereka Shafie Apdal.
https://jalinluin.com/2018/01/16/rela-tawau-buat-laporan-polis-terhadap-shafie/
Apa mereka ingat anggota RELA bukannya manusia kah, tidak ada perasaan malu dan tidak tahu hak mereka sebagai anggota keselamatan?
Sebaliknya Presiden Warisan lah yang wajar dipersalahkan dan akur pada tuntutan anggota RELA agar dia membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua anggota RELA.
Hakikatnya Presiden Warisan, Shafie Apdal yang “ketinggalan Bas” tidak tahu tanggungjawab terkini anggota RELA dari konteks ESSCOM. Shafie sebelum ini membayangkan anggota RELA yang bakal ditugaskan kawasan ESSZONE sikit pun tidak memiliki kemahiran sebagai anggota keselamatan selain menjadi pengawal trafik di kenduri atau majlis.
Sedangkan awal-awal lagi Kementerian Dalam Negeri atau Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sabah melalui mesyuarat ESSCOM telah menggariskan dua perkara yang akan dipikul dan dilalui oleh anggota RELA sebelum mereka layak ditugaskan di kawasan ESSZONE.
Perkara pertama, anggota RELA akan bertugas sebagai barisan pertahanan kedua bagi membantu Pasukan Keselamatan Negara. Perkara kedua, anggota RELA yang berkelayakan akan melalui fasa latihan khas sebelum mereka layak ditugaskan di kawasan ESSZONE.
Dengan itu tidak timbul persoalan yang dimainkan oleh jentera Warisan kononnya anggota RELA tidak wajar dilibatkan dalam hal keselamatan di pantai timur Sabah atau Esszone. Dan satu lagi hal yang di polemikkan oleh pembangkang ialah kononnya agensi kerajaan tidak boleh terlibat dalam aktiviti menunjuk perasaan sedangkan tohmahan yang ditimbulkan oleh Presiden Warisan itu merujuk khusus kepada agensi RELA secara total, jadi wajarlah anggota RELA menuntut keadilan agar agensi mereka tidak tercemar, apa lagi dalam masa yang sama laporan Polis telah dibuat.
Jadi siapa sebenarnya yang wajar dipersalahkan ni, anggota RELA yang mempertahankan maruah agensi dan diri mereka kah atau Presiden Warisan, Shafie Apdal yang telah membuat tohmahan melulu hingga menjatuhkan martabat orang lain?
Sehubungan itu RELA Malaysia telah membuat kenyataan media yang mengecam kenyataan Presiden Parti Warisan berkenaan. Membuktikan sesungguhnya kenyataan Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal itu benar benar telah meremehkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)