Adun dan Ahli Parlimen Warisan Digesa Meletakkan Jawatan – Cawangan UMNO Balimbang, Ainal Fattah

Setiausaha Cawangan UMNO di Kampung Balimbang, Semporna, Ainal Fattah.

Membuat dakwaan bahawa beliau boleh memberikan 10 alasan Kenapa Shafie Apdal dan barisan kepimpinan Warisan memberikan janji kosong bagi tujuan mendapatkan undi rakyat Sabah pada PRU yang akan datang.

Ainal Fattah menggambarkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Apabila secara terbuka mencabar dasar kerajaan pusat sedangkan pada ketika dia berjawatan Menteri di Kementerian KKLW. Menyebabkan dia dipinggirkan dari UMNO.

Jawatan Naib Presiden UMNO yang disandang hasil kepercayaan ahli UMNO juga dikhianati oleh Shafie. Apabila meninggalkan UMNO tanpa notis atau alasan yang munasabah.

Ainal juga mendakwa selaku Ahli Parlimen Semporna Shafie telah mengkianati kepercayaan pengundi di daerah itu. Malah bukan hanya pengundi di daerah Semporna tapi juga bapa saudaranya Tun Sakaran yang bertanggungjawab memberikannya peluang dan kedudukan di dalam UMNO. (Sehingga hari ini Tun Sakaran dan anaknya Yb DUN Sinallang, Nasir Sakaran masih bersama BN begitu juga dengan menantunya Yb Lahad Datu, Yusof Apdal yang juga adik Presiden Warisan masih setia bersama BN)

Ainal menambah, Shafie cuba mengelirukan dan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat Sabah melalui slogan retorik Sabah Untuk Rakyat Sabah.

Katanya “Rakyat tidak lupa sebelum dia digugurkan daripada Kabinet Persekutuan, rakyat Sabah jarang lihat beliau di sini kerana beliau sentiada berada di Semenanjung Malaysia memandangkan keluarganya berada di Kedah.”

Ainal juga menggesa agar semua Adun dan Ahli Parlimen Warisan supaya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Memandangkan kemenangan mereka pada PRU yang lepas adalah atas tiket parti masing-masing dan bukannya Parti Warisan.

Walaubagaimana menurut Ainal Fattah, memandangkan pilihanraya umum tidak lama maka biarkanlah penggal mereka berakhir.

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s