Janji Hak Bersuara Dr M Sukar Dipercayai – Salleh Said

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggambarkan janji terbaharu dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula kebebasan bersuara sekiranya pembangkang membentuk kerajaan akan datang, sebagai ‘sukar dipercayai’.

“Bagaimana Mahathir boleh berfikir bahawa beliau boleh melepaskan diri dengan kenyataan sedemikian apabila lebih banyak kebebasan bersuara sekarang ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding pada tahun 1980-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri?” katanya dalam catatan di laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Beliau berkata, Dr Mahathir telah menggelar Najib dengan pelbagai nama yang bersifat jahat, malah Dr Mahathir boleh menghadapi pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

“Tetapi Najib tidak mengambil tindakan. Najib membenarkan Mahathir terus memfitnahnya, dan setiap hari Mahathir terus menghina Najib…Mahathir tidak akan bertolak ansur 10 peratus daripada apa yang dilakukannya terhadap Najib.

“Tiada bukti yang lebih besar daripada ini bahawa Najib adalah penyebar kebebasan bersuara. Jika tidak, Mahathir tidak dapat berbuat apa yang beliau lakukan dan mengatakan semua perkara yang beliau nyatakan hari ini,” katanya.

Dilaporkan Dr Mahathir membuat janji itu semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang mana beliau adalah Pengerusinya, di Shah Alam, Selangor hari ini. – Bernama


Seperti juga yang diketahui oleh majoriti rakyat Sabah, bila mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr M menangkap pemimpin pemimpin Sabah yang menyuarakan hak hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Inikah yang dimaksudkan oleh Dr M, menjanjikan hak bersuara? Lupakan!

#BNforSabahan

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: