Kenapa sudah Doktor M emosi tu, emosi marah pada orang Melayu, marah pada semua orang. Walhal begini sikap orang Malaysia terhadap parti dan pemimpin kerana budaya kotor yang diamalkan semasa dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Dr M mengekang kebebasan bersuara, menolak kesaksamaan hak, membolot kuasa eksekutif hingga institusi Raja menjadi korban. Menolak hak segelintir kaum terutamanya kaum India. Lepas itu hanya menkayakan kroninya dan kerabatnya.
Tapi hari ini Dr M menyalahkan orang Melayu sebagai bodoh dan mudah ditipu hanya kerana majoriti bangsa Melayu tetap setia pada Presiden UMNO.
Hello Dr M, seemosi emosi PPBM, emosi lagi orang Sabah kerana sewaktu kekayaan Sabah berlambak tahap kemajuan dan kualiti kehidupan yang dikecapi oleh masyarakat Sabah amat mengecewakan.
Bila ada orang Sabah yang menuntut perjanjian 1963 agar dikaji semula kau ugut dan penjarakan mereka.
Sewaktu sokongan masyarakat Sabah memuncak terhadap BN hingga mendapat jolokan Sabah simpanan tetap BN. Berapa kerat orang Sabah yang kau lantik menjadi Menteri di peringkat Persekutuan dan berapa pula anak anak Sabah yang dilantik menjadi Ketua Ketua di Jabatan Kerajaan?
Bagaimana pula dengan pembahagian keuntungan dari Petronas, siapa yang bertanggungjawab hingga Sabah hanya mendapat royalti 5% dari keuntungan Petronas? Bukan kah Dr M!
Berhubung kerja kotor Dr M yang memperkenalkan Ic Projek di negeri Sabah, ini admin serahkan pada pemahaman masyarakat. Sebab pada admin ia ada pro dan kontranya. Tinggal lagi yang mengecewakan bila pada hari ini ada dikalangan penerima Ic Projek yang menyokong pembangkang. Mereka lupa kerana tindakan Dr M itu parti BN yang dipersalahkan oleh pembangkang.
Hari ini semasa Dr M berucap di Perhimpunan Agung PPBM kali pertama, dia memohon maaf pada hadirin yang terdiri dari pemimpin komponen PH atas kesalahannya semasa dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Nampak tak dia hanya memohon maaf pada masyarakat atau pengundi dari Semenanjung dan bukan dari Sabah dan Sarawak, walhal di dua negeri inilah dosa dosa Dr M bertaburan. Mungkin kerana itu jugalah Dr M tidak berani mengembangkan PPBM hingga ke Sabah dan Sarawak.
Pokoknya semua cadangan pembaikan dan intipati yang disampaikan oleh Dr M di Perhimpunan Agung PPBM tadi pagi lebih kepada usaha menutup kegagalannya. Yang gagal dari segi agama, sosial politik, pendidikan hingga kepada ekonomi rakyat Malaysia.
Kita ambil contoh dari konteks pendidikan dan kita ambil entri dari seorang pengguna Facebook. Dia marah pada Dr M yang memperkenalkan peperiksaan SRP sepenuhnya pada tahun 1985 dimana pelajar yang gagal di tahap ini tidak akan layak menyambung persekolahan ke tingkat yang seterusnya, menyebabkan kawan sekelasnya tercicir dan menjadi penagih dadah. Sedangkan itu adalah sistem yang tidak adil. Sepatutnya ada peluang kedua, seperti mana PMR atau PT3 pada hari ini. Contoh ini nampak remeh tapi telah memberikan kesan atau kemarahan pada ramai orang.
Bagaimana pula dengan Dr M layakkah dia diberikan peluang kali kedua?
#BNforSabahan