Shafie dan Peter Disiasat Lagi Kali Ini Berkaitan Risda

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Dua pemimpin parti di Sabah termasuk seorang bekas menteri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan wang deposit pembelian tanah milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM15.5 juta di negeri itu pada 2014.

Menurut sumber, seorang da­ri­pada pemimpin tersebut yang sedang disiasat berhubung satu lagi kes rasuah membabitkan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) turut diburu kerana gagal me­laporkan diri kepada SPRM sejak dua bulan lalu.

Ujarnya, kedua-dua pemimpin terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan proses penjualan tanah tersebut yang terletak di Tongod, Sandakan, Sabah dan pembeli dikatakan telah membayar 10 peratus wang deposit bernilai RM15.5 juta.

Namun jelasnya, apabila tanah itu didapati tidak boleh dijual kepada orang luar memandangkan status tanah berkenaan merupakan Hak Adat Bumiputera (NCR), deposit yang telah dibayar oleh pembeli dipercayai hilang.

“Berikutan itu, beberapa dokumen berkaitan pembelian ta­nah tersebut telah diambil untuk diteliti bagi siasatan lanjut sekiranya terdapat penyelewengan.

“Kedua-dua pemimpin masih belum dipanggil memandangkan seorang daripada mereka dikatakan masih berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Baru-baru ini, dua blog telah mendedahkan mengenai dakwa­an penyelewengan berhubung pembelian tanah berkenaan.

Blog tersebut mendakwa, dana bernilai RM155.4 juta milik RISDA dilaporkan hampir hilang berikutan urusan jual beli tanah NCR di daerah Tongod seluas 2,428 hektar pada Julai 2014.

Dalam pada itu, blog terbabit turut mendakwa sebanyak RM15.5 juta wang pendahuluan hasil pembelian berkenaan lesap namun tiada laporan dibuat kepada SPRM.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan memang ada siasatan dijalankan berhubung isu pembelian tanah yang berkaitan namun beliau enggan memberi ulasan mengenai pihak yang terlibat dengan perkara itu.

“Biarlah pihak kami menjalankan siasatan. Saya tidak mahu isu ini dispekulasikan,” katanya.

Sumber Utusan


Nah apa khabar? Siasatan atau tuduhan kerana mengambil wang masyarakat miskin luar bandar Sabah oleh pemimpin utama Parti Warisan bukan lagi rahsia walaupun sengaja dinafikan oleh penyokong penyokong buta kayu parti Warisan.

Kali ini, apa lagi alasan mereka? Kerana belum pun skandal terdahulu didakwa di Mahkamah. Datang lagi skandal baharu iaitu skandal dana RISDA yang diseleweng oleh orang yang sama, Presiden Warisan.

Kegagalan Naib Presiden Warisan yang sepatutnya melaporkan diri setiap bulan ke SPRM, ini juga satu hal. Telah mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat. Kini masyarakat percaya bahwa tuduhan rasuah keatas Naib Presiden Warisan, Peter adalah benar atas prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.

Kegagalan si Peter melaporkan diri dan kalau dia terus menghilangkan diri, silap hari bulan kegagalannya itu akan bertukar menjadi kes Polis dan bukan hanya melibatkan Polis Malaysia tapi kalau dia berada diluar negara akan melibatkan Interpol atau Polis antarabangsa. Haru biru!

Sebelum ini admin “menjangkakan” Naib Presiden Warisan yang hilang itu sedang berunding dengan pihak tertentu. Tapi rupanya benar belaka benar mereka sedang berunding, ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh portal Utusan diatas. Tekanan yang memaksa mereka untuk berunding atau mengalah.

Dr M berunding dalam diam dengan BN, begitu juga dengan Shafie

Yang menjadi mangsa sekarang ialah jentera jentera tolol Warisan dan penyokong Warisan. Selepas ini kemana agaknya mereka akan membawa diri. Terjun laut? Suka hati merekalah jangan saja BN mengguna pakai mereka, jangan sesekali kerana selain tolol puak puak itu sikit pun tidak bermanfaat kepada masyarakat jauh sekali sesama ahli BN. Tamak!

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s