Ini memang win dan terkena batang hidung Dr M. 😁
- Datuk Salleh Said menyifatkan serangan Dr Mahathir keatas Datuk Abdul Murad berhubung skandal Forex yang berjumlah 31.05 billion dan bukannya 5.7 billion adalah tindakan yang tidak kena pada tempatnya.
- Kerana menurut Salleh Said, Abdul Murad hanyalah individu yang dipanggil sebagai saksi siasatan skandal Forex.
- Sepatutnya Dr M menyalahkan Lim Kit Siang kerana selama tempoh 20 tahun pemimpin DAP ini mendesak agar Suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan.
- Betullah kadang-kadang faktor umur menyumbang kepada kegagalan berfikir dengan baik. Maksud admin, Dr M.
- Semalam, Dr Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.
- Salleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.
- “Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran. “Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” Ujar Salleh
#BNforSabahan