- YB DUN Bugaya yang juga Timbalan Ketua penerangan UMNO Sabah terus bangkit mengkritik pembangkang yang tampak semakin terdesak dan lemah.
- Kali ini YB dun Bugaya, Ramlee Marahaban mengkritik balik Dr M yang beliau lihat sedang terdesak dan lemah. Terpaksa menggunakan kelebihan umurnya dalam mengkritik Putrajaya.
- Dr Mahathir sebelum ini menuduh persempadan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai ada kepentingan BN.
- Sedangkan menurut Ramlee Marahaban, SPR adalah badan bebas dan sentiasa menjalankan proses persempadan pada bila-bila masa, dimana kepadatan penduduk menjadi faktor utama.
- Ramlee berkata, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat untuk negara, selama 22 tahun sejak 1981. “Mungkin beliau tahu sesuatu yang kita tidak tahu tentang proses persempadanan semula oleh SPR,” katanya sambil menambah tiada bukti proses itu memanfaatkan BN.
- Pembantu menteri kewangan itu juga hairan kenapa Dr M yang juga pengerusi PPBM dan PH merasakan dirinya layak bercakap mengenai demokrasi. Sedangkan semasa Dr M menjadi Perdana Menteri tidak ada kebebasan berpolitik malah memenjarakan musuh politiknya. Seperti yang berlaku pada pemimpin daripada Sabah, Dr Jeffrey Kitingan dipenjarakan hanya kerana menyuarakan perjanjian 1963 dan sudah tentu kebanyakan pemimpin pembangkang dari Semenanjung yang kini mewakili PH seperti Lim Kit Siang dan lain lain.
- Ironinya dulu Dr M adalah Perdana Menteri daripada BN dan musuh ketat pembangkang tapi tapi hari ini beliau sebaris dengan pembangkang. Bikin lucu!
- Setengah masyarakat Sabah melihat Dr M sebagai pengkhianat bangsa Sabah kerana bertanggungjawab memberikan IC projek tapi hari ini Dr M bekerjasama dengan pembangkang termasuklah parti Warisan yang mempersoal keputusan siasatan RCI pendatang di Sabah. Ini amat melucukan!. Ertinya BN juga yang terbaik senantiasa melihat hak rakyat Sabah secara konsisten.
- Dr M meninggalkan UMNO pada Februari 2016 pada Ogos 2016 mereka menubuhkan PPBM kerana ingin menyelamatkan Malaysia atau Selamatkan Negara. Lucu!
- Sama ceritanya dengan mantan Naib presiden UMNO Malaysia Shafie Apdal selepas digantung dia meninggalkan UMNO dan membeli parti yang bertapak di Sabah selepas itu dikenali sebagai Parti Warisan yang juga mendakwa ingin membela orang Sabah melalui slogan Sabah Ubah. Ini amat melucukan!
- Terbaru Ramlee Marahaban mendedahkan antara sebab kenapa Shafie dipinggirkan daripada UMNO. Kerana Putrajaya terlalu banyak menerima aduan rasuah di Kementerian KKLW yang diterajui oleh Shafie.
- Selain sebab diatas, menurut Ramlee Marahaban, Shafie Apdal mula mengkritik 1MDB selepas menyedari dia terlibat dalam rombakan kabinet pada tahun 2015. Maksudnya tu sebab Shafie mengkritik BN bukan kerana memperjuangkan Sabah tapi malu dipindahkan dari portfolio Kementerian KKLW. Alahai!
- Berkenaan kenyataan Ramlee Marahaban terhadap si Ismaily, admin tidak mahu mengambil kesimpulan kerana sesungguhnya si Ismaily dua kali menyorongkan dirinya sebagai calon di pilihan raya umum, dua kali itu juga dia hilang wang pertaruhan. Jadi dimana kredibiliti si Ismaily ya?
- Shafie adalah pemimpin yang tidak boleh menilai sekaligus menerima kelebihan atau kebaikan orang lain kerana itu juga dia tidak reti menghargai orang lain. Kerna Shafie ni jenis pemimpin yang pendendam maka dia senantiasa takut pada bayang bayang politiknya. Shafie tu juga jenis orang yang mudah menelan fitnah dan seruan adu domba macam perangai budak budak Wechat.
- Kalau kita melihat pada sedikit perjalanan politik dan keperibadian Shafie dan Dr M diatas benarkah mereka memperjuangkan Malaysia dan Sabah?
#BNforSabahan