Lagi pendedahan dari pemimpin BN Sabah, Jumat Idris berkenaan sikap dan taktik kotor Presiden Warisan, Shafie.
- Jumat Idris mendedahkan, berulang kali Shafie Apdal mengajaknya atau menawarkannya supaya turut menyertai Parti Warisan tapi kerana kesetiaan Jumat kepada Presiden UMNO dia menolak tawaran itu.
- Menurutnya lagi kalau pun dia lompat parti atau menyertai Warisan (Shafie) itu bererti dia tidak lagi mewakili masyarakat Sepanggar kerana kemenangannya pada pru-13 adalah atas tiket BN.
- Bukan macam si Darel, Junz, Terence dan Jaujan. Cakap temberang sahaja yang lebih, ingin mengubah nasib orang orang Sabah, sedangkan diri mereka sendiri jenis pemimpin yang tidak boleh dipercayai, pemimpin yang tidak konsisten pada perjuangan parti.
- Warisan ingat masyarakat Sabah ni bodoh bodoh, tidak tahu dari mana datangnya kemenangan mereka pada PRU13 yang lepas iaitu atas kekuatan parti asal mereka seperti BN, PKR dan DAP dan bukannya atas kapasiti mereka sebagai calon. Perasan betul!
- Moralnya Parti Warisan dipimpin oleh mereka yang kemarukkan kuasa hingga sanggup membuat apa saja asalkan nanti kuasa berada ditangan mereka. Inilah taktik yang digunakan oleh Shafie sejak bersama UMNO, lebih lebih lagi sekarang menjadi pembangkang di negeri Sabah. Hemmm
- Sebab itu jugalah Parti Warisan tertubuh dari proses jual beli parti dari pemilik asal bernama si Fred. Ini termasuklah kehadiran pemimpin katak yang membarisi parti Warisan dipercayai juga melalui proses jual beli yang ditawarkan oleh mantan pemimpin UMNO (Presiden Warisan) dan bukan datang dari kesedaran diri mereka, seperti yang dilaungkan kononnya ingin memperjuangkan nasib orang orang Sabah melalui slogan Sabah Ubah. He!
- Taktik terbaru yang bertiup sejak beberapa minggu yang lalu. Warisan berusaha memancing atau menawarkan sejumlah wang pada Pegawai Daerah (DO) untuk mewakili Warisan (calon) pada pilihan raya umum yang akan datang. Itu individu biasa menjadi jentera dan teringin menjadi calon hingga sanggup berpeluh merah ke hulu ke hilir, Warisan mahu jadikan mereka calon apa?
- Membuktikan pengaruh atau perkembangan Warisan tidak datang dari keikhlasan dan kebijaksanaan parti Warisan sebagai wadah hingga berjaya memperdaya segelintir masyarakat tapi penggunaan taktik kotor oleh Ketua-ketuanya yang telah atau akan merosakkan pemikiran dan sikap masyarakat Sabah terhadap politik itu sendiri.
#BNforSabahan
Tinggalkan Jawapan