1. Merujuk sokongan yang dinyatakan oleh salah seorang ahli majlis tertinggi Warisan, Mazliwati Malek Chua keatas kenyataan dari seorang aktivis, Zainnal Ajamain.

2. Bahawa Warisan percaya, sebarang kajian semula perjanjian 1963 (MA63) perlu kononnya disertai oleh 4 negara yakni penandatangan perjanjian Malaysia 1963. (Bahasa mudahnya antara Sabah dan Tanah Melayu)

3. Betullah tu kita tidak boleh menafikannya tapi dalam masa yang sama, tidak mengira fahaman politik atau NGO. Wajib pula pihak ini menghormati perlembagaan atau undang-undang yang telah digubal selepas perjanjian Malaysia 1963. Jangan hipokrit!

4. Sepertinya penggubalan undang-undang yang berlaku pada tanggal 27 Ogos 1976 dimana pada tanggal itu satu perlembagaan telah digubal dan telah dipersetujui oleh kedua belah pihak, kerajaan negeri dan Persekutuan. Selepas itulah Sabah dikenali diiktiraf sebagai sebuah negeri. Ingat, setiap keputusan yang diambil oleh Ketua Menteri yang dilantik melalui pilihanraya adalah juga keputusan yang dipersetujui oleh majoriti rakyat Sabah.

5. Maka taraf pindaan perlembagaan itu sama dengan perjanjian 1963. Ok!

6. Berbalik pada sokongan ahli majlis tertinggi Warisan diatas. Kerana mereka percaya untuk merundingkan semula perjanjian Malaysia 1963 mesti melibatkan negara atau Borneo State dan Tanah Melayu. Maka dengan sendirinya Warisan juga mengakui status Sabah hingga hari ini masih berstatus negara.

7. Oleh yang demikian, secara prinsipnya Parti Warisan tidak layak lagi mencampuri proses demokrasi di Malaysia atau menyertai pilihan raya umum yang hanya disaratkan pada negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

8. Kerana pendirian Warisan yang masih menganggap Sabah sebuah negara, maka sewajarnyalah mereka bertindak seperti sebuah negara. Iaitu menuntut Sabah keluar dari Malaysia melalui pungutan Suara atau memorendum di kalangan rakyat Sabah. Persoalannya adakah rakyat Sabah menyokong memorendum itu nanti? kita tunggu dan lihat.

9. Kita harap selepas mereka tahu, rakyat Sabah menolak memorendum itu, pandai-pandailah Warisan membawa diri ya. Jangan lagi mencampuri pergolakan politik semasa. Seperti sebelum ini menuding orang lain bersalah walhal tidak ada pemimpin pembangkang yang disiasat oleh SPRM selain mereka.

10. Untuk nota andai selepas ini Warisan tidak menjalankan memorendum dan masih mempolitikkan perjanjian 1963 untuk tujuan pilihanraya umum Malaysia. Maka sahlah, Warisan sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan tapi melacurkan perjanjian 1963.

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s