Warisan Tidak Menghormati Peraturan Jalan Raya

1. Belum apa-apa, sudah pun mencatatkan sejarah negatif  tersendiri, sejarah yang kurang adab, sejarah yang tidak menghormati hak orang lain dan sejarah yang mengetepikan undang-undang.
Dipercayai kereta yang diletakkan secara semberono ini terjadi di lapangan terbang Tawau. Telah juga disahkan pacuan empat roda itu adalah milik pemimpin atau penyokong Parti Warisan di daerah Tawau.

2. Walaupun keadaan pada waktu itu agak lengang tapi itu tidak bermakna kenderaan boleh diletakkan sesuka hati tanpa memikirkan atau pandangan orang ramai. Apa lagi ia dilakukan oleh pemimpin atau penyokong parti pembangkang yang sekarang hangat diperkatakan sebagai parti katak. Tak kan kenderaan pun turut dibiarkan seperti katak, melompat ke sini dan ke sana tanpa peraturan.

3. Sejujurnya andailah kenderaan itu milik Menteri yang tergesa-gesa selepas melawat kawasan maka tidaklah ia menjadi satu kesalahan yang serius. Kita faham tugas seorang menteri bukannya mudah, sentiasa berkejaran dengan masa. Tapi ini pemimpin yang baru tumbuh semalam, begitu juga dengan partinya yang baru berumur setahun jagung sudah pun undang-undang dan keselesaan masyarakat tampak tidak dihiraukan.

4. Sekarang kamu fikirlah sendiri, mampukah parti yang berkelakuan negatif seperti ini kononnya mengubah nasib orang orang Sabah? Sedangkan diri mereka sendiri masih memerlukan didikan sivil daripada anda? 😉

Teringat satu cerita orang lama, era kerajaan Berjaya. Dikatakan punyalah merasa diri mereka kuat sebagai kerajaan Sabah waktu itu. Anak ketua menteri Sabah Datuk Harris Salleh kalau menunggang motor di bandar Kota Kinabalu, dia parking kereta atau motor  melintang di tengah jalan.

Sama dengan Warisan hari ini, ciri ciri kerajaan yang sikit hari lagi akan tumbang. Terbukti benar, Warisan tumbang.

#BNforSabahan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: