Ketua Menteri Sabah menyimpan rasa kecewa apabila ahli UMNO di negeri ini tidak cukup lantang mempertahankan parti di media sosial.

  • Justeru itu Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengingatkan keengganan ahli UMNO bersuara mempertahankan parti akan melemahkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang
  • Sejarah menunjukkan fitnah adalah senjata yang paling berkesan menewaskan musuh ujarnya ketika berucap di pelancaran persidangan media sosial UMNO Sabah kelmarin
  • Beliau menambah UMNO berdepan cabaran yang sukar dalam Perang media sosial kerana ahli parti ini berdiam diri apabila parti dan kepimpinan parti diserang oleh pihak lawan.
  • “Kita ahli UMNO jangan jadi babau. Jangan membisu bila orang fitnah kita”
  • ” Kalau kita sayang parti, kita perlu pertahankan parti. Kalau sayangkan pemimpin kita, kerajaan kita, kita pertahankan mereka, katanya.
  • Tambahnya lagi sebagai ahli UMNO tidak perlu takut kerana kerajaan pimpinan UMNO terutamanya di Sabah mempunyai rekod prestasi berkhidmat untuk rakyat yang baik.
  • “pembangkang seronok betul memfitnah kita dan menuduh kita menipu rakyat. Tetapi itu tidak betul kita ada bukti, kita tidak menipu, katanya.
  • Oleh itu terutamanya pada Biro IT UMNO mesti menggunakan platform itu untuk membantu rakyat menggunakan pendekatan positif untuk memberi impak besar kepada minda pengguna media sosial.
  • Katanya, lagi perang di media sosial kita tidak boleh tewas dalam pertempuran ini.
  • Beliau mengingatkan ahli parti bahawa menuju pilihanraya UMNO terutamanya di Sabah harus bersedia untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan dan mempertahankan parti dengan lebih berkesan.
  • Beritahu rakyat kisah kejayaan kita untuk meyakinkan mereka, Tan Sri Musa Aman.

Begitu juga dengan ahli atau penyokong parti parti kompenan BN Sabah, kalian juga wajib bangkit melawan tuduhan yang dilemparkan pada parti dan pemimpin pemimpin BN.

Cari inisiatif bagaimana untuk berkerjasama dengan jentera UMNO.

Jangan mendiamkan diri kalau tidak mampu sangat. Kongsi mana mana entri yang tampak menepis fitnah pembangkang. Kalau ini pun kamu tidak mampu buat, susahlah. Silap haribulan kamu pula yang kena kritik kaw kaw.

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s