Si Honorsius dan Si Sarifuddin Cakap Biar Berfakta Jangan Ikut Ikutan 

1. Si Honorsius dan Si Sarifuddin kalau bercakap politik biar berfakta jangan ikut ikutan.

2. Mereka menerusi satu artikel, tidak berpuas hati dengan kenyataan Ramlee Marhaban semasa berucap di perhimpunan Agung Umno 2017.

3. Yb DUN Bugaya, Ramlee dalam ucapannya membayangkan Presiden Warisan, Shafie Apdal semasa menerajui Kementerian KKLW sebagai pengkhianat atau menikam dari belakang orang yang telah memberinya makan atau peluang sebagai menteri.
Apa yang tidak kena dengan kenyataan itu? bukannya fitnah pun tapi kenyataan yang benar, seluruh rakyat Malaysia mengetahuinya, apa bila Presiden Warisan diheret oleh SPRM.

4. Hakikatnya tanpa Presiden UMNO atau Perdana Menteri Najib Razak tidak lah Shafie Apdal berpeluang menduduki Menteri KKLW, hampir dua penggal pula tu. Tapi malangnya, bak kata Ramlee Marahaban dia tidak pandai berterima kasih malah sebaliknya berkomplot untuk menjatuhkan Presiden UMNO.

5. Adakah tindakan menggantung keahlian UMNO Shafie Apdal merupakan satu kesalahan, sedangkan Najib Razak adalah Presiden UMNO yang bertanggungjawab ke atas kelangsungan UMNO itu sendiri. Cuba pula bayangkan andai ada dikalangan pemimpin tertinggi Warisan yang cuba menjatuhkan Shafie dari jawatan Presiden Warisan adakah Shafie hanya mendiamkan diri?

6. Satu lagi janganlah dua jentera Warisan itu berani berani menuduh pemimpin BN sebagai penyeleweng atau pecah amanah. Kerana sehingga hari ini belum ada lagi dikalangan mereka yang disiasat oleh SPRM. Berbanding Shafie dan barisan kepimpinannya, belum pun sampai setahun jagung parti Warisan ditubuhkan. Tapi sudah pun terlibat atau tertuduh dalam skandal melesapkan dana masyarakat luar bandar Sabah.

7. Pada jentera Warisan ni, kalau pun terdesak ingin menjadi calon atau ingin menjadi orang kepercayaan Presiden Warisan. Bercakaplah bah berdasarkan fakta jangan ikut sedap mulut jak, nampak sangat buta maklumat dan duduk di gerabak kereta api yang paling akhir.

8. Alasan jentera Warisan kononnya sebab kenapa Shafie dipinggirkan daripada UMNO adalah kerana Shafie tidak bersetuju dengan skandal 1MDB. Sebenarnya dakwaan itu hanyalah retorik. Kemelut yang melanda 1MDB pada masa itu cuba dijadikan batu loncatan untuk menyingkirkan Najib Razak dari jawatan Perdana Menteri Malaysia. Hakikatnya sehingga hari ini DOJ badan antarabangsa yang turut menyiasat 1MDB, belum pun berjaya menemui sebarang bukti kalau kalau PM Najib Razak adalah dalang skandal 1MDB.

9. Sebelum ini ketua penerangan Warisan Honorsius menimbulkan polemik apabila mendakwa Shafie meninggalkan UMNO semata-mata untuk bersama rakyat dan memperjuangkan perubahan atas kesedaran. Dia juga mendakwa adalah lebih baik Shafie meninggalkan UMNO daripada bersekongkol dengan kemungkaran. Soalnya perjuangan dan keikhlasan apa yang dimiliki oleh Shafie sedangkan dia disiasat oleh SPRM?

10. Si Honorsius juga mempersoal dasar perjuangan parti UMNO. Isunya apa yang si Honorsius ni tahu tentang dasar perjuangan UMNO. Adakah dia hanya melihat UMNO dari konteks 1MDB? Bagaimana dengan jasa UMNO yang telah mengangkat Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO yang juga telah menjawat jawatan Menteri di beberapa kementerian. Bukankah Shafie Apdal pemimpin daripada Sabah dan bukan kah itu bermakna UMNO memperjuangkan nasib orang-orang Sabah. Perkara ini telah diakui sendiri oleh Shafie Apdal semasa berucap di perhimpunan Agung UMNO di mana dia sendiri mengakui bahawa UMNO telah berjaya mengangkat martabat mereka yang dulunya adalah hina.

11. Begitu juga dengan kenyataan auta si Sarifuddin. Dia cakap istilah tikam belakang wajar diberikan pada pemimpin UMNO yang kononnya sanggup bersekongkol terhadap kemungkaran dan pecah amanah. Hello bro, siapa yang baru baru disiasat oleh SPRM dan siapa juga yang dipinggirkan dari UMNO kerana mengkhianati presiden? Bukankah dari kalangan kalangan kroni, kerabat dan pemimpin kesayangan mu. Walaupun dia sendiri menerusi artikel yang sama mendakwa kononnya kepentingan rakyat tidak lagi menjadi keutamaan perjuangan malahan pemimpin yang terlibat dengan skandal rasuah disanjung dan ditaati. Shame on you lah!

#BNforSabahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s