Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) Bermakna Pada Rakyat Sabah – MA63

1. Perhimpunan UMNO pada kali ini amat memberikan kesan pada masyarakat Sabah, khususnya pada mereka yang kisah dengan perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

2. Kita sedia maklum sejak kebelakangan ini pihak pembangkang suka berpolemik dengan perjanjian ini, kerana mereka tahu perjanjian ini mampu membangkitkan kemarahan masyarakat Sabah keatas BN atau Persekutuan secara keseluruhannya.

3. Walaupun sudah berulang kali Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Titingan memberikan jaminan bahawa sebarang kekurangan didalam perlaksanaan perjanjian 1963 akan dituntut oleh BN dengan cara yang tersendiri atau mengikut versi BN Sabah. Tapi komitmen dan keikhlasan itu sengaja dinafikan oleh pemimpin parti parti pembangkang Sabah. Tujuannya supaya masyarakat Sabah terus keliru dengan itu mudahlah bagi pembangkang memperalatkan atau memperkudakan masyarakat Sabah.

4. Jaminan tuntutan perjanjian 1963 dari pemimpin Sabah yang admin maksudkan adalah seperti link dibawah ;

Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang Berhubung MA63

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan

5. Nah hari ini melalui ucapan Penggulugan PAU2017, Presiden UMNO Malaysia, Najib Razak telah membuktikan bahawa jaminan yang diberikan oleh dua pemimpin Sabah diatas adalah benar belaka tidak seperti pembangkang lain yang diungkapkan lain yang diterjemahkan, macam strategi politik si Donald Trump, bila sudah kuasa berada di tangan apapun tidak boleh dilaksanakan kerana mendapat tentangan dari ahli kongres malah bertentangan dengan perlembagaan yang sedia ada.

6. Dibawah adalah petikan ucapan Presiden UMNO Malaysia, Najib Razak berhubung komitmennya terhadap perjanjian 1963 semasa menggulung perhimpunan agung UMNO 2017.

“Sabah kita tak lupa, Sabah. Simpanan tetap BN Sabah, Sarawak.

Sabah, Sarawak. Saya bagi komitmen ya! wakil dari Sabah, Ustaz Arifin. MA63 perjanjian 1963, Sabah punya agreement kalau ada tak betul, kita terambil kita nak pulang balik pada rakyat Sabah.

Zaman dulu kalau soal tentang MA63, masuk bawa ISA. Tapi zaman saya sekarang ini, kita lebih terbuka, boleh bincang. Sebab itu saya kata, kalau hendak parti of the futures, you can’t take somebody from the past”.

Untuk kenyataan yang lebih lanjut dengar fahamkan rakaman video diatas.

7. Pada masyarakat Sabah yang bijaksana, selepas ini jangan lagi ada yang terpedaya dengan hasutan pihak pembangkang. Hakikatnya sebarang kelemahan dari konteks perjanjian 1963. Ia tidak boleh ditutup tanpa adanya kerjasama dari pihak atasan atau Persekutuan. Melainkan pembangkang itu ada agenda total autonomi atau agenda membawa Sabah keluar dari Malaysia tanpa perlu terlebih dahulu menjadi entiti kepada kerajaan.

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s