BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan!

Bukan hanya pembangkang, apa lagi parti yang baru ditubuhkan seperti PPBM dan Warisan yang boleh bercakap pasal kepentingan orang Sabah. Parti BN juga sangat boleh dan jauh lebih layak.

Sama dengan parti STAR yang berasal dari Sarawak, walaupun STAR aka Dr Jeffrey memperjuangkan slogan Sabah For Sabahan. Tapi setiap kali PRU, mereka tersungkur layu di kaki BN walaupun pada ketika itu mereka belum dikaitkan dengan BN. Kenapa kah?

Adakah selama itu masyarakat Sabah tidak ada semangat nasionalisme?

Adakah selama ini masyarakat Sabah tidak tahu apa itu perjanjian 1963?

Adakah masyarakat Sabah suka hidup miskin, tidak ingin berubah?

Dan yang terakhir begitu mudah kah masyarakat Sabah mengakui perjuangan Warisan yang juga membawa slogan Sabah For Sabahan berbanding STAR yang cukup berpengalaman, apa lagi Dr Jeffrey berbangsa KDM berbanding Datuk Shafie Apdal yang bukan KDM. Ini kerana agenda Sabah For Sabahan begitu sinonim dengan perjuangan orang asal aka KDM?

Sebenarnya kan dalam diam BN telah memenuhi hampir kesemua perkara yang terkandung di dalam perjanjian 20 perkara. Tinggal lagi pendekatan yang digunakan tidak menjurus nyata seperti yang tercatat di dalam 20 perkara dan ia dilaksanakan secara berperingkat peringkat.

BN Sabah dibawah DSP Musa Aman tanpa teriak teriak atau retorik telah menubuhkan jawatankuasa MA63 dan Hak-Hak Sabah Peringkat Negeri Sabah yg di ketuai oleh Datuk Teo Chee Kang, Ahli Jamaah Menteri Sabah yang juga seorang Peguam untuk memanjangkan permintaan Sabah kepada PM Najib tentang Hak-Hak Sabah dibawah Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

Apa yang di minta oleh BN Sabah?

1. Apa yg disetujui dalam MA63 tapi tidak masuk dalam Perlembagaan Persekutuan WAJIB di masukkan balik dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan masa pembentukan Malaysia tapi terhakis secara tidak disedari serta tanpa persetujuan DEWAN UNDANGAN NEGERI Sabah , WAJIB di masukkan semula dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Mana-mana Hak Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi BOLEH diperturunkan Kuasa kepada kerajaan Negeri, maka wajarlah diperturunkan kuasa Persekutuan tersebut kepada kerajaan Negeri.

Sebab itulah orang Sabah akan terus memberikan mandat pada BN di PRU yang datang.

BN for Sabahan.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

5 thoughts on “BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan!

  1. Ye lerrrr….duit untuk projek air berbillion masuk poket pemimpin BN Sabah.
    Memang berkerja untuk rayat atau diri sendiri……………..????

    Like

    1. Kita ada perlembagaan, biar undang-undang yang menentukan dan pihak yang berwajib telah membuat siasatan. Keputusannya akan ada individu yang didakwa. Itu masih belum cukup kah?

      Like

  2. Reblogged this on Jalin Luin and commented:

    Sebentar tadi mendengar ucapan Datuk Amar Johari semasa berjawatan Menteri Perumahan Sarawak yang berhubung pasal perjanjian 1963 dari konteks negeri Sarawak.

    Admin ulang dua tiga kali ternyata apa yang diperjuangkan oleh kerajan negeri Sarawak carik dari konteks perjanjian 1963 adalah menyamai apa yang diperjuangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

    Kerana itulah kok kita sebagai masyarakat Sabah jangan mudah dikelirukan oleh propaganda pihak pembangkang yang kononnya memperjuangkan perjanjian 1963 seolah olah perjuangan mereka lain daripada yang lain. Sedangkan apa yang diperkatakan oleh pembangkang hanyalah mengulang atau meniru apa yang sedang diusahakan oleh kerajaan BN dibawah kepimpinan Datuk Musa Aman.

    #BNforSabahan

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s