Menyapa dan Menyantuni Rakyat, Ariffin Arif – PAU2017

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Wakil UMNO Sabah, Datuk Hj Mohd Ariffin Mohd Arif menarik perwakilan dengan mendendangkan sebahagian lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat dalam menceritakan tumpuan kerajaan hari ini terhadap kebajikan rakyat Sabah.

Menurut beliau senikata lagu berkenaan; ‘memang aku ini, anak orang miskin tiada pelajaran’… Alhamdulillah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet 2018 telah memperuntukkan RM1 bilion untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sabah dalam usaha membantu pendidikan kerana dengan adanya pendidikan tidak adalah seperti senikata lagu berkenaan.

“Senikata kedua; ‘tiada keretaku bawamu jalan-jalan, rumah pun tiada yang ada bapa punya’… Hari ini juga Alhamdulillah jalan Pan Borneo yang besar nilainya kepada kita. Jadi jurang yang disebut oleh Perdana Menteri berhubung dengan merapatkan jurang ada dalam lagu Jimmy Palikat. Insya-Allah, Perdana Menteri telah memberi jaminan Sabah dan Sarawak serta semenanjung akan sepadan.

“Membangun soal pendidikan adalah satu jihad, membangun ekonomi adalah satu jihad, membasmi kemiskinan satu jihad menegakkan dan mendaulatkan agama adalah satu jihad…UMNO telah berjalan dalam landasan jihad jadi memastikan kita menang dalam pilihan raya juga adalah satu jihad,” katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya berkata saranan Presiden parti agar pimpinan UMNO mendengar denyut nadi rakyat perlu dihayati dan diperhalusi secara teliti dan mendalam agar maksudnya sampai.

“Kenapa Datuk Seri Najib tidak sebut dengar suara nyaring rakyat… kenapa presiden tidak sebut dengar suara lantang rakyat sebaliknya beliau menyebut dengar denyut nadi rakyat. Cuba perwakilan perhatikan bagaimana doktor mendengar denyut nadi orang sakit… bukankah dengan mendekati… dengan menyapanya serta menyantuni sebaik mungkin. Jadi kita perlu ambil pendekatan itu… dekat dengan rakyat… akrab dengan rakyat dan ini resepi apa yang dinyatakan oleh presiden,” katanya.

Sumber UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s