Menteri Tugas-tugas Khas Teo Chee Kang berkata tiada siapa boleh ambil hak yang termaktub dalam perjanjian itu.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah kekal komited menuntut hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang hari ini.
Beliau berkata tidak perlu berbalah tentang isu MA63 atau status Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Ini kerana bagi kerajaan Sabah, kedua-dua negeri Borneo itu istimewa berbanding negeri di Semenanjung dan perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh diubah.
Beliau berkata Sabah dan Sarawak memiliki kuasa perundangan untuk menggubal undang-undang bukan sahaja dalam bidang kuasa bawah Senarai Negeri, tetapi juga tentang tanah, sumber asli, kerajaan tempatan dan hak lain seperti imigresen, yang tidak dimiliki negeri di Semenanjung.
Tambahan pula, terdapat perlindungan dan peruntukan perlembagaan istimewa yang untuk geran istimewa buat negeri Borneo bawah Perlembagaan Persekutuan.
Teo, yang juga pengerusi jawatankuasa hak-hak istimewa (untuk mengkaji hak Sabah bawah MA63) menjawab pandangan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa Sabah sama seperti negeri lain di Semenanjung.
“Pandikar berhak menyuarakan pandangannya tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, secara isinya, kami berbeza daripada negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan.”
Beliau berkata tumpuan patut dikurangkan pada semantik dan lebih pada isu, dan isu itu tidak patut digunakan untuk mendapatkan kelebihan politik.
Beliau sekali lagi menegaskan kerajaan Sabah ada cara tersendiri apabila berurusan dengan kerajaan persekutuan dalam perkara berkaitan dengan pemulihan hak negeri dan penyerahan kuasa.
“Jawatankuasa hak-hak istimewa ditubuhkan untuk menangani perkara itu dan saya percaya kita menuju arah yang betul,” katanya.
Teo berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini memberi jaminan mana-mana hak Sabah yang diambil Kuala Lumpur secara tidak sengaja akan dipulangkan.
“Jaminan PM menunjukkan kerajaan persekutuan komited menyelesaikan semua isu berkenaan MA63 dengan Sabah,” kata Teo.
Di pelancaran kongres Parti Bersatu Sabah ke-32 pada 18 November lepas, Najib berkata beliau berkongsi sentimen Sabah mengenai MA63 tetapi meminta rakyat Sabah memberi masa kepada kerajaan untuk menafsir perjanjian 1963 itu sebelum membuat perubahan.
Teo seterusnya berkata lebih penting menegakkan hak substanstif Sabah bawah undang-undang itu daripada bergaduh soal semantik.
“Saya percaya kita semua mahu yang terbaik untuk Sabah dan Sarawak sebagai pihak dalam MA63, dan pihak yang membentuk Persekutuan Malaysia.
“Jadi mari kita bekerja dalam solidariti menuju matlamat bersama itu,” katanya.
Sumber FMT
1. Untuk makluman, lama sebelum polemik ini tercetus kerajaan negeri Sabah telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi menuntut hak hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Membuktikan ketelusan kepimpinan Ketua Menteri, Musa Aman yang berusaha sekaligus menegakkan perjanjian 1963 (MA63) mengikut versi BN.
3. Ini bermaksud pendapat Pandikar Amin itu hanyalah pendapat peribadi beliau semata-mata yang berdasarkan pemahamannya tapi layak untuk diraikan. Seperti mana pendapat sebelum ini yang diutarakan oleh seorang peguam Robert Pai semasa menyampaikan kertas kerjanya dipersidangan Malaysia at Crossroad. Bahwa perjanjian Malaysia 1963 tidak sah, berdasarkan penemuannya, antaranya,
3. 1 Perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.
3. 2 Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka dan berdaulat, namun disertai antara dua negara bebas, iaitu United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu (yang sudah merdeka pada ketika itu) – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.
3. 3 Lima individu yang terlibat menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak kerana Sarawak masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.
4. Apa pun kenyataan atau sumber yang menafikan keberadaan perjanjian 1963 itu hanyalah polemik semasa yang mewarnai politik Sabah. Adapun Sabah yang awalnya sebuah Wilayah tetap menuntut kelebihan seadanya Wilayah yang telah berjaya membentuk Malaysia.
5. Seperti mana usaha yang telah dijalankan sebelum ini, klik link dibawah.
5.1 Musa ajak pembangkang duduk berbincang berhubung MA63
5.2 BN lebih layak memperjuangkan Sabah For Sabahan
#BNforSabahan #tolakwarisan
Tinggalkan Jawapan