1. Inilah apa yang admin perkatakan sebelum ini. Keluarga terdekat Presiden Warisan terus setia atau bertahan bersama BN. Kerana mereka tahu, perjuangan Presiden Warisan itu hanyalah retorik yang terdesak.
2. Walhal kita semua tahu sebelum ini adik kepada Presiden Warisan Yusof Apdal telah direman beberapa hari oleh SPRM. Tapi itu bukannya halangan untuk dia kekal bersama BN aka Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
3. Begitu juga dengan YB DUN Sinallang tidak berganjak dari perjuangan BN. Sedangkan kalau kita dengar hasil bedah siasat kemenangannya BN pada PRU yang lepas. Kemenangan Calon BN untuk DUN Sinallang itu banyak dikaitkan dengan pengaruh Shafie Apdal, selaku Naib Presiden UMNO Malaysia, merangkap Menteri KKLW. Maksudnya tanpa pengaruh peribadi Shafie Apdal di Semporna dikatakan Nasir Sakaran kalah pada pembangkang. Tapi hari ini beliau yakin sekalipun Shafie Apdal menjadi musuh politiknya, beliau tetap akan mendapat kebenaran besar pada PRU14. Nampak?
4. Adakah dengan demikian Yusof Apdal dan Nasir Sakaran tidak cerdik dalam memperjuangkan negeri dan masyarakat Sabah, memandangkan BN berasal dari Semenanjung?
5. Adakah Yusof Apdal dan Nasir Sakaran begitu alfa berbanding penyokong Warisan yang kita nampak terhegeh hegeh cuba menjatuhkan BN?
6. Pada pendapat pembaca, agaknya lah Presiden Warisan tu bengap sangat kah hingga tidak mampu menyakinkan keluarganya agar turut menyokong politik Warisan?
7. Pada masyarakat Sabah, mulai pada saat ini, buka mata dan hati. Jangan lagi kamu tolol politik yakni berjuang bersama Warisan. Kerana itu adalah kerja yang amat sia sia. Dimana Kononnya berjuang tapi sebenarnya barua kepada pemimpin yang licik.
8. Kelihatan didalam gambar adik Presiden Warisan yang juga YB Lahad Datu, Yusof Apdal dan sepupunya Yb DUN Sinallang, Nasir Sakaran sedang bermesra dengan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman. Semasa hadir di Majlis Maulidur Rasul Peringkat negeri Sabah yang diadakan di daerah Tawau.
9. Sebelum ini ada satu artikel yang menceritakan perkara yang sama, klik link ini Cucu Tun Sakaran tidak mahu dikaitkan dengan Warisan
#BNforSabahan #tolakwarisan