Entri ini admin copy paste dari pemilik akaun Facebook peribadi yang dikenali sebagai DTigabelas Zainalabidin. Lalu admin tempelkan disini sebagai bahan bacaan yang sudah tentu akan bermanfaat kepada para pembaca khususnya generasi muda di negeri Sabah.
Tertarik untuk memberikan pendapat, maka selepas ini seharusnya masyarakat Sabah berfikiran terbuka dan jangan lagi sempitkan pemikiran itu dengan polemik politik yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang seperti contoh polemik dari konteks perjanjian 1963. Hingga ada yang taksub lalu terfikir untuk keluar dari Malaysia.
Ingat dan bersyukurlah pada pemimpin pemimpin Melayu sebelum kemerdekaan Sabah yang melihat pendidikan sebagai sektor yang menjadi keutamaan agar pada satu hari masyarakat Sabah mampu bersaing dengan bangsa bangsa yang lain. Daripada keprihatinan inilah Sabah mampu melahirkan pemimpin pemimpin tempatan yang berwibawa hingga akhirnya menjadikan Sabah sebuah Wilayah yang merdeka dan kini duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negeri negeri lain yang ada di Malaysia.
Al Fatihah dan takziah untuk pemimpin politik dan pemimpin masyarakat terdahulu!
#BNforSabahan
UsikUsik SEJARAH SEKOLAH MELAYU DI SABAH
Sesungguhnya kita diSabah telah pernah mendengar pelbagai info tentang sejarah dan tarikh pembukaan Sekolah khasnya Sekolah Melayu dinegeri ini. Ia sebenarnya memang telahpun lama diadakan dinegeri Sabah ini iaitu lebih setengah abad sebelum negara bernama Malaysia wujud. Cuma ada yang mungkin berkata ia telah dibuka terawal diJesselton, Papar, Kota Belud atau Tuaran dahulu dsbnya. Sementara fakta mengenai tarikh pembukaannya ada kata pada tahun 1915. Ada pula kata tahun 1924 dan ada lagi kata pada tahun 1933. Malah ada juga yang berkata ianya hanya dibuka selepas Perang Dunia Kedua (tahun 1941 – 1945)..
Ketika saya menjadi Pengarah Arkib Negeri Sabah merangkap berfungsi sebagai Penyimpan Rekod Rekod Awam yang bernilai Sejarah pada tahun 1999 hingga 2011, saya pernah terbaca rekod rasmi dalam simpanan arkib yang menyatakan bahawa Pihak Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah buat pertama kalinya cuba membuka kelas Sekolah Melayu diSandakan pada tahun 1886. ini kerana pada ketika itu Sandakan dijadikan Pusat Pentadbiran dan sekaligus Ibu Negeri Borneo Utara (Sabah) sejak pada tahun 1884 iaitu selepas berpindah pusat pentadbiran daripada Kudat (tahun 1881 – 1884) sebelumnya. Walau bagaimanapun, kelas Sekolah Melayu itu telah terpaksa ditutup setahun kemudiannya kerana kekurangan bilangan murid yang mshu belajar dan mahu meneruskan persekolahan mereka..
Apapun Sekolah Melayu diSandakan itu telah dibuka semula pada tahun 1894 iaitu setelah 10 tahun Sandakan dijadikan sebagai Ibu Negeri Borneo Utara. Dimana sudah terdapat ramai anak anak orang tempatan khanya anak anak Orang tempatan yg berkhidmat dgn Pentadbiran British ketika itu. Tujuannya ialah bagi membolehkan Orang tempatan boleh mengenal huruf huruf dan angka angka hingga seterusnya boleh menulis dan membaca sekurang kurangnya tulisan tulisan khasnya notis awam dalam bahasa Melayu yg telah dikeluarkan dan diterjemahkan oleh pihak Pentadbiran British kedalam bahasa Melayu.
Saya juga pernah membaca surat membaca surat menyurat tulisan tangan didalam bahasa Melayu daripada seorang Pengiran (Samah & Rauf diKinabatangan kepada Residen Sandakan dan Gabenor British dan disebaliknya, bertarikh pada tahun 1897 hingga 1901.
Menurut rekod Arkib lain Sekolah Melayu telah dibuka di Jesselton pada tahun 1915, daerah Kota Belud dan Papar pada tahun 1924. Para Guru Pendidikvdisekolah sekolah Melayu tersebut kebanyakannya telah didatangkan oleh British daripada Malaya dan juga Singapura. Untuk mengatasi dan mengambarkan bahawa keperluan bersekolah ketika era penjajah dulu tidak bersifat paksaan kepada orang tepatan khasnya kaum Bumiputera, maka pihak Pentadbiran British telah mnamakan Sekolah Rendah Melayu diSabah itu diperingkat awalnya sebagai ” Native Voluntary School ” atau Sekolah Sukarela Anak Negeri..
PERLU DISEDARKAN DAN DIPERCAYAI BAHAWA SEBAB UTAMA PENJAJAH BRITISH TELAH MEMBUKA SEKOLAH SEKOLAH MELAYU DISABAH (WALAPUN BELUM PANDAI MENULIS DAN MEMBACANYA) IALAH KERANA MEREKA (BRITISH) MENDAPATI BAHAWA BAHASA PERANTARAAN TRADISI ANTARA KAUM DAN PERHUBUNGAN DIKALANGAN ORANG ORANG TEMPATAN KHASNYA BUMIPUTERA DINEGERI INI IALAH BAHASA MELAYU IAITU TELAH LAMA SEJAK KEDATANGAN PENJAJAH BRITISH LAGI..
Sumber pemilik akaun Facebook DTigabelas https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1269561673190207&id=100004091601050