Warisan/Darell Ingat Orang Sabah Cikai Kah?

Si Darell aka Warisan ketika berhujah di sidang Parlimen mendakwa kewujudan premis premis pakaian terpakai (bundle) di negeri Sabah adalah kayu ukur kepada ekonomi negeri Sabah itu sendiri iaitu ada yang tidak kena, boleh saja tidak stabil atau teruk.

Mungkin dia ingat premis premis itu sebuah badan NGO antarabangsa seperti UNICEF. Pakaian dari sumbangan masyarakat diberikan secara percuma pada pelarian atau mangsa yang terbabit.

Dia tidak tahu ada diantara pakaian terpakai itu yang dijual dengan harga cukup mahal tapi kerana jenamanya yang sukar didapati di Malaysia selain kualitinya yang bertaraf antarabangsa. Maka pakaian bundle berjenama menjadi pilihan dan mendapat permintaan dari semua lapisan masyarakat tidak mengira status kaya atau miskin, termasuk mereka yang berstatus artis.

Kerana mendapat sambutan yang menggalakkan ada diantara bundle bundle itu yang dijual diatas talian.

Membuktikan kewujudan premis premis pakaian terpakai tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada ekonomi Sabah seperti mana dakwaan Timbalan Presiden Warisan berkenaan. Apa lagi urusniaga bundle ini berjalan sejak berdekad yang lalu, waktu itu admin berkeyakinan si Darell sendiri belum lagi dilahirkan. He!

Satu lagi, kenyataan Timbalan Presiden Warisan ini juga telah membenarkan sebelum ini tohmahan masyarakat Sabah bahwa Warisan disokong oleh kebanyakannya mereka mereka yang ada sikap ego, angkuh dan hipokrit walaupun pada hakikatnya hampeh?

Warisan ingat orang Sabah ni cikai kah kaki branded adalah. Tolong sikit! 😎

#BNforSabahan

One Comment

  1. Reblogged this on JalinLuin.com and commented:

    Artikel ini admin tulis pada November 2017. Ia berkaitan dengan kenyataan si Darell Leiking yang mendakwa kononnya lambakan jualan pakaian di Sabah adalah kayu ukur kepada kegagalan kerajaan BN pada waktu itu mengurus ekonomi Sabah.

    Namun setelah parti Warisan berjaya merampas kerajaan BN daripada Tan Sri Musa Aman melalui peralihan jawatan Ketua Menteri yang tidak sah. Nampaknya jualan pakaian terpakai semakin berlambak. Adakah ini bermaksud kerajaan Warisan sememangnya gagal mentadbir negeri Sabah terutamanya dari konteks ekonomi? Hahaha!

    Benar-benar Warisan adalah parti yang sarat dengan pemimpin pemimpin yang hipokrit dan tolol.

    Pada pemimpin dan jentera Warisan tolong jawab persoalan ini.

    Maka benarlah hanya orang-orang Sabah yang tidak ada semangat nasionalisme, tidak ada harga diri serta tidak jelas yang akan terus menyokong Warisan. Sanggup dikelilingi oleh orang-orang yang hipokrit dan sebenarnya mentertawakan mereka dari belakang akibat ketidakfahaman mereka terhadap politik itu sendiri.

    Samalah dengan Warisan yang sanggup memperalatkan segelintir masyarakat Sabah atau kampung yang boleh lah kita katakan tidak tahu hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

    Mereka tidak tahukah baru dua tahun setengah Warisan menjadi kerajaan negeri sudah pun wakil rakyat mereka terpalit dengan tuduhan rasuah di mahkamah dan berhadapan dengan siasatan SPRM dan LHDN.

    Ada yang tidak tahu kah sebelum mereka menjadi wakil rakyat Warisan ada diantara mereka yang berkecimpung dalam penyeludup barang kawalan ke negara jiran akan penyangak.

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.