Persepsi Masyarakat Sabah Terhadap Rayuan Derma Shafie – Warisan

Kisah benar ni, tadi pagi admin menerima panggilan dari seorang marhaen yang bermastautin di pantai barat atau pedalaman Sabah. Individu itu menceritakan kekecohan yang berlaku setelah masyarakat kampung mengetahui yang jentera parti Warisan sedang bergerak kampung kampung bagi mendapatkan sumbangan derma. Hasil dari kutipan itu akan digunakan untuk membayar wang jaminan Presiden Warisan yang kini ditahan oleh SPRM. Dijangka jumlahnya cukup besar sebanyak RM300 ribu.

Pun begitu beliau meminta agar namanya dirahsiakan (sememangnya pun)

Orang kampungnya cakap, dulu semasa menjadi Menteri, itu Shafie dan kroninya syiuk syiuk makan duit projek. Siap ada dikalangan kroni yang terlebih lagak, berlagak ke hulu ke hilir dengan kereta mewah mereka. Sampai pernah terjadi satu peristiwa, seorang individu yang dipercayai orang kuat Shafie mengacukan pistol pada seorang lelaki tua dalam satu pergaduhan kecil di Penampang. Punyalah sandi!

Nah hari ini para jentera Warisan sanggup datang ke kampung kampung bagi mendapatkan derma. Walaupun jumlahnya tidaklah banyak baru RM10 tapi pada masyarakat kampung ia adalah nilai yang membebankan. Apa lagi mengikut pemanggil, orang kampung mana ada duit, bikin beli beras pun hampir tidak ada. Ini kan pula menderma untuk bekas Menteri KKLW yang disabitkan dengan tuduhan bilion bilion dana KKLW untuk masyarakat luar bandar.

Tambahnya lagi, tidak malu kah Warisan ni, sebelum ini bersemangat ingin memperjuangkan nasib masyarakat miskin Sabah tapi belum apa apa lagi sudah menyusahkan atau mengikis.

Ini bukan soal ikhlas menderma atau tidak. Tapi pada hakikatnya perbuatan Warisan ini telah menyusahkan masyarakat kampung. Apa lagi sebelum ini kemiskinan masyarakat Sabah telah dijadikan modal politik oleh parti Warisan.

Soal masyarakat kampung lagi, kenapa semasa mereka berada ditampuk kuasa, tidak ada pula orang orang Shafie yang bersusah payah masuk ke kampung kampung atau pedalaman bagi mencari mereka yang layak untuk diberikan bantuan. Betul juga kan!

Kamu tengok saja kesungguhan tidak bertempat jentera Warisan. Pemilik rumah PPRT yang disediakan oleh kerajaan BN pun, mereka serbu supaya menyokong perjuangan Warisan, masuk akal kah. 😁

Ini juga bererti Warisan sedang mengajar masyarakat Sabah supaya mengkufuri nikmat yang telah dikecapi. Politik sesat? Sudahlah sebelum ini tampak ada slogan terbaru mereka yang berbunyi jihad kerana DSSA. Yang bertentangan dengan jihad yang dilaungkan oleh penyokong BN Sabah sebelum ini yang meminta agar pemerintah berjihad kerana Allah bagi membenteras gejala dadah habis habisan. Hemmm!

#BNforSabahan

One Comment

  1. INI PERSEPSI APA, Bah………………???????

    THURSDAY, OCTOBER 26, 2017
    UMNO SABAH SEDIH & MARAH SHAFIE APDAL DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA

    RUPA-rupanya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno Sabah ada PERASAAN.

    Sabtu lepas, Jelapang diajak oleh seorang pemimpin Umno Sabah dan kawan-kawan Umno dari Sabah minum-minum.

    Kata mereka Najib Razak dan Umno “Malaya” dah “CROSS THE LINE” (melampau) dalam kes Shafie Apdal.

    Kita ingat orang Umno Sabah tak kisah Shafie masuk lokap. Rupa-rupanya mereka ada nilai dan harga HARGA DIRI yang tinggi.

    Rupa-rupanya ahli-ahli dan pemimpin Umno terasa hati dengan Najib apabila melihat Shafie Apdal dilayan sedemikian rupa – direman dan tidur dalam jel SPRM.

    Pada mereka Shafie tidak ada masalah dengan orang Sabah. Shafie banyak jasa pada orang Sabah.

    Kata mereka, tanya orang Sabah, ceruk kampung mana Shafie tak masuk selama 6 tahun 3 bulan 19 hari Shafie menjadi Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    Rakyat mana di Sabah yang tidak ditolong Shafie. Ketua Bahagian dan pemimpin Umno mana yang tidak pernah dibantu Shafie. Orang miskin mana yang tak dibantu oleh Shafie. Bidayuh? Kadazan?, kata mereka.

    Apabila dilayan sedemikian rupa, kata mereka, “kami amat marah, sedih dan pilu Shafie diperlakukan sedemikian.”

    “Kami tak ada masalah dengan Shafie. Yang ada masalah dengan Shafie ialah Najib dan Umno Malaya,” kata mereka.

    “Kami, walaupun, dalam Umno, kalau boleh nak PRU dibuat esok. Senang kami buat keputusan. Kami kasihan tengok Shafie”

    Dulu ada kes jumpa jokong emas, duit cash bertan-tan, tak ada pula apa-apa tindakan.

    Shafie, kata mereka, yang banyak tolong kami, begini dibuatnya.

    Jelapang hanya mampu mendengar rintihan (kemarahan) mereka.

    Tetapi Jelapang dapat agak apa yang dimaksudkan dengan “kalau boleh nak PRU dibuat esok.”

    Ada juga lah dengar-dengar ramalan kononnya 14 kerusi Parlimen Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang kerana SIMPATI Shafie ditahan SPRM. Itu ramalan, tak semestinya betul.

    Lagipun menang kalah mana-mana kerusi dalam PRU nanti adalah tanggungjawab Najib. Dia ketua – commander-in-chief, kenalah bertanggungjawab, macam commander fleet kapal perang US.

    Bila kapal perang US John S.McCain berlanggar dengan kapal minyak di Selat Melaka, Fleet Commander untuk Pasifik yang berpengkalan di Jepun diPECAT.

    Itu baru kapal berlanggar BUKAN kerana KALAH PERANG.

    POSTED BY JELAPANG AT 8:50 PM

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s