Sebelum ini MP Pembangkang yang juga Timbalan Presiden parti Warisan, Darell Leiking mendesak agar BN di Penampang bersikap jujur pada masyarakat di daerah itu. Ini kerana menurut Darell Leiking, BN di Penampang telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM5 juta dari Federal.
Dengan erti kata lain, selepas ini jangan lagi ada dikalangan masyarakat Penampang yang berharap padanya selaku MP Pembangkang. Sebab dia tidak memegang sebarang peruntukan.
Ertinya juga telah terbongkar selama ini yang menyediakan kemudahan pada masyarakat Penampang ialah BN. Darell Leiking selaku MP hanya seronok menerima gaji beribu dari pemerintah.Nampak?
Kalau begitu keadaannya, sebaiknya pada pengundi Sabah umumnya, khasnya di Penampang jangan lagi mengundi calon dari mana man parti pembangkang atau Bebas pada PRU yang akan datang. Tidak ada juga faedahnya, buang masa. Bila tidak dapat membantu, begitu mudah mereka menuding pada pemerintah. Walhal bukan pembangkang tidak tahu, sampai bila pun orang Sabah tidak akan memberikan peluang pada pembangkang untuk mengetuai mereka. Ingat tu!
Berbalik pada dakwaan kononnya BN Penampang telah menerima peruntukan sebanyak lima juta dari Federal. Dakwaan itu telah dinafikan oleh Setiausaha BN Penampang, bahwa Darell Leiking telah memfitnah, dimana mereka tidak menerima peruntukan sebanyak itu. Prasarana yang dibina di Penampang seperti Projek tambatan banjir, Bangunan Mahkamah di Penampang, SMK Kipouvo serta Klinik kesihatan dan banyak lagi. Tidak terkecuali pemberian BR1M. Adalah atas usaha gigih mereka berurusan dengan pihak yang bertanggungjawab sehinggalah ia menjadi kenyataan.
Selayaknya sebagai wakil rakyat, Darell Leiking harus mencari inisiatif termasuklah menggunakan gajinya untuk membantu mereka yang memerlukan. Bukannya selamba menuding pada pihak musuh. Hemmm!
Kesimpulannya, mohon pada pihak Warisan itu untuk membidas balik penafian dari Setiausaha BN berkenaan. Jangan menikus!
Tinggalkan Jawapan