Shafie Apdal Hadir Membuat Keterangan – Bukit Aman 

Apa yang dimaksudkan dengan demokrasi yang berperlembagaan? Maksudnya ialah dalam demokrasi itu sendiri ada undang-undang yang telah digubal dan mesti dipatuhi oleh semua pihak tidak ada yang terkecuali termasuklah tuan Speaker.

Seperti contoh kemuliaan dewan rakyat, kekebalan ahli Parlimen dan sebagainya. Bila sudah kebal malah bercakap di dalam dewan. Apa lagi yang bertentangan dengan perlembagaan?

Begitu juga dengan demokrasi berparlimen yang menjadi amalan, bermaksud rakyat terlibat dalam
sistem pemerintahan Negara yang diwakili oleh Ahli Parlimen dan Raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat.

Jadi kenapa hujah Datuk Shafie Apdal di sidang Parlimen (dewan rakyat) baru baru ini dianggap telah membocorkan rahsia negara. Rahsia apa yang telah dibocorkan pada musuh negara? Bukan kah hujahnya berhubung satu syarikat yang telah merugikan rakyat Malaysia. Klik link dibawah sebelum ini admin ada mempersoalkan tindakan tuan Speaker dewan parlimen, 

Pandikar Amin halang hak rakyat 

Dewan Rakyat adalah dewan dimana para ahli Parlimen membincangkan pelbagai isu yang akhirnya menjadi dasar. Mempersoal penyelewengan di dalam 1MDB adalah juga bertujuan menjaga dasar supaya sentiasa menguntungkan rakyat. Ini UMNO kena ingat.

Satu hal, andai kata pada masa Datuk Shafie Apdal berhujah berkaitan 1MDB, tapi tidak ada liputan media yang merakamkan perjalanan sidang. Apa hujahan pada masa itu boleh ditafsirkan telah membocorkan rahsia negara? Kalau ya, jangan buat siaran langsung.

Satu lagi hal, bagaimana berpolitik membangkang kalau tidak boleh mendedahkan kesalahan pihak lawan?

Oleh kerana itu ada baiknya sistem pilihan raya di negara ini dimansuhkan saja. Ada lagi faedahnya, dapat menjimatkan wang rakyat.

Kelmarin Datuk Shafie Apdal telah hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberikan keterangan setelah kononnya dibuatkan laporan Polis oleh dua NGO cari makan. Ekoran hujahnya di Dewan Parlimen.

Ini UMNO semakin hari semakin memelikkkan. 

#politikbolos 

3 thoughts on “Shafie Apdal Hadir Membuat Keterangan – Bukit Aman 

  1. Kembalikan segera kuasa kepada RAKYAT bubarkan dewan rakyat dan dewan negara hanya ini penyelasaian tapi dgn pilihanraya bersih….

    Like

  2. Kalau Macam tu tak payah ada Parlimen ..Nak bahas tak boleh ,Nak bongkar keburukan pihak lawan pun tak boleh , apa tujuan ada Parlimen.Sudah tak ada kebebasan bersuara dalam Parlimen.Amat pelik Malaysia ni.Nampak sangat ala-ala pemerintahan kuku besi.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s