Kerja seperti inilah yang menyebabkan negara terus menanggung hutang yang banyak tapi nikmatnya tidak dirasa oleh rakyat dan UMNO terus dipandang keji oleh masyarakat.
Begini dia punya cerita, Kementerian Pendidikan ada menawarkan satu tender untuk Sekolah Sekolah yang telah dikenal pasti.
Tajuk kerjanya : Kerja Kerja Pengukuhan dan Perobohan Makmal Sekolah Kebangsaan Bangau Bangau, Semporna.
Tapi pembaca tahukah, bangunan makmal yang akan dikukuhkan atau dirobohkan itu sebenarnya tidak wujud (tidak ada). Yang ada hanyalah tapak pembinaan makmal yang tidak jadi. Jadi bangunan apa yang akan dikerjakan?
Bererti tender ini adalah tender tipu, sengaja dirancang untuk mengaut keuntungan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan harapan bayaran akan dilepaskan tapi tidak ada kerja yang dilaksanakan. Senang cerita inilah yang dimaksudkan dengan kerja menipu wang rakyat. Sama ceritanya dengan penyelewengan yang berlaku di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
Itu juga bererti tawaran kerja terdahulu bagi membina makmal di Sekolah berkenaan telah diseleweng. Makmal tidak dibina tapi bayaran tetap dilepaskan, oleh kerna itu aset makmal hanya wujud di dalam sistem berdasarkan nombor bayaran tapi realitinya tidak ada.
Admin yakin kegiatan seperti ini tidak hanya terhad di sini tapi di beberapa buah Sekolah yang ada di seluruh Sabah. Tidak percaya sila cek.
Pada pihak yang berkenaan, sedarlah kerja seperti ini amat merugikan negara bangsa. Lagi perit hanya membawa kita ke lembah kehinaan. Jadi insaflah sebelum terlambat.
#politikbolos #sabahubah