Culik Terbaru Di Daerah Kinabatangan, Sandakan

Kejadian culik di daerah Kinabatangan/Sandakan yang melibatkan dua orang kru kapal tunda. Kejadian berlaku disiang hari.

Sebelum ini, kalau ada kejadian culik admin akan menggesa terutamanya pada pihak yang dipertanggungjawabkan supaya bertanggungjawab dalam erti kata yang sebenarnya. Sekaligus merayu pada masyarakat agar bangkit membuat persoalan.

Tapi tidak mendapat perhatian semua berlagak bisu, selagi tidak mengena batang hidung sendiri.

Jadi pada kali ini, kamu orang raikan lah ketololan ini sampai pada satu hari akan melibatkan ahli keluarga kita orang ya. Kamu pertahanankan lah pemimpin yang dipertanggungjawabkan walaupun mereka gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Orang Sabah kan, suka berlagak baik dalam kebutaan dan ketamakan πŸ˜‰

Seperti mana keterangan dibawah :-

Assalamualaikum YDH Datuk KJSJ Sabah

Dimakluman satu kes menarik Perhatian iaitu kes culik bagi Daerah Kinabatangan Sabah. Kes di klafikasikan di bawah Sek. 365 KK ( Atas nasihat Pemangku PT D5 IPK Sabah)

1) Laporan Polis :
1.1 – Kota Kinabatangan/2477/2016
Tarikh : 05/11/2016
Masa : 2024 Hrs
1.2 – Kota Kinabatangan/2478/2016
Tarikh : 05/11/2016
Masa : 2041 Hrs

2) Pengadu :
2.1. Kota Kinabatangan/2477/2016
Firman Bin Sawli, No. Passport : A8908484 (L), 35 Tahun, bangsa Buton Indonesia, Kerja Anak Kapal SSK/00520/4/F.

2.2. Kota Kinabatangan/2478/2016
Rama Sahrul, No. Passport : B3341581 (L), 19 Tahun, bangsa Buton Indonesia, Kerja Anak kapal SN/1154/4/F

3) Mangsa

3.1. La Utu Bin La Raali, No. Passport : AS 513489 (L), 52 Tahun, bangsa Buton Indonesia, Kerja Anak Kapal SSK/00520/4/F.
3.2. La Hadi La Edi, No. Passport: AR 413253 (L), 46 Tahun, bangsa Buton Indonesia, Kerja Anak Kapal SN/1154/4/F.

4) Saspek :
– Kesemua penculik berjumlah 05 orang di percayai lelaki
– 01 orang bertopeng
– 03 orang berceloreng hijau / 02 orang berpakaian biasa
– 03 orang bersenjata di percayai jenis M16, M16 A1, Garrant
– Jenis bot laju warna putih / enjin 125 HP jenama Johnson

4) Lokasi Kejadian :

Perairan Pegasus Reef, Lat : 05’42.857N – Long : 118’51.106E ( Perairan Kinabatangan Sabah)
5) Pegawai Penyiasat :
Insp Rozami Bin Hj. Ahmad
(019-8808537)

6) Ringkasan Kes

Pada 05.11.2016 jam lebih kurang 0700hrs, bertempat di Perairan Pegasus Reef di kedudukan, Lat : 05’42.857N – Long : 118’51.106E, sebanyak 06 bot nelayan berada di sekitar kawasan tersebut sedang menunda pukat di kawasan sekitar. Jarak di antara bot-bot nelayan lebih kurang 3 Batu Nautika. Pada jam lebih kurang 1100hrs, bot nelayan No. SSK/00520/4/F yang dinaiki oleh 03 nelayan bernama La Utu Bin La Raali, Rusli Bin Lamoundu dan Firman Bin Sawli telah didatangi sebuah bot laju berwarna putih jenis fiber yang menggunakan enjin 125 Hp jenis Johnson. Seramai 05 dipercayai lelaki bertopeng menaiki bot tersebut dan telah menghampiri bot nelayan No. SSK/00520/4/F. 04 daripada lelaki tersebut telah menaiki bot nelayan no. SSK/00520/4/F dimana 03 orang memakai pakaian lengkap berceloreng manakala seorang lagi berpakaian baju putih dan berseluar jeans warna biru. Seorang lagi hanya menunggu di dalam bot mereka berpakaian baju warna oren berseluar celoreng dan kesemua mereka tidak berkasut.

Juragan bot No. SSK/00520/4/F bernama La Utu La Raali, No. Passport : AS 513489 (L) 52 tahun, bangsa Buton kemudiannya telah diculik, selain itu beberapa barang berharga di dalam bot juga di rampas seperti 01 set radio jenama tidak ingat, 01 GPS jenama tidak ingat, 01 telefon bimbit jenama Sony model tidak ingat, 01 telefon bimbit model Winds dan wang tunai berjumlah RM1,000 milik Rusli Bin Lamoundu. Semasa kejadian tersebut berlaku, 04 buah bot nelayan yang berkedudukan jarak lebih kurang 3 batu nautika di antara satu sama lain telah melarikan diri dengan memutuskan pukat tunda mereka.

Pada jam lebih kurang 1145hrs, bot laju yang sama berwarna putih jenis fiber yang menggunakan enjin 125 Hp Johnson telah mendekati pula bot nelayan no. SN/1154/4/F yang dinaiki oleh 05 orang nelayan bernama La Hadi La Edi (45Tahun), La Mbilu Bin Lamuisa (24 Tahun), Fudi Bin Bahiru (29 Tahun), Alias Bin La Hadi –(10 Tahun) (anak kepada Juragan La Hadi La Edi), Rama Sahrul (19 Tahun). Seramai 05 dipercayai lelaki bertopeng menaiki bot tersebut telah menghampiri Bot No. SN/1154/4/F. 04 daripada lelaki tersebut telah menaiki Bot No. SN/1154/4/F dimana 03 orang memakai pakaian lengkap berceloreng manakala seorang lagi berpakaian baju putih dan berseluar jeans warna biru. Seorang lagi hanya menunggu di dalam bot mereka berpakaian baju warna oren berseluar celoreng dan kesemua mereka tidak berkasut.

Juragan bot No. SN/1154/4/F bernama La Hadi La Edi, No. Passport : AR 6363832 (L) 46 tahun, bangsa Buton kemudiannya telah diculik dan beberapa barang berharga di dalam bot seperti 01 set radio jenama Hicom, 01 GPS jenama MMEC, 01 telefon bimbit jenama Samsung G1, 01 telefon bimbit jenama Lenovo model tidak ingat, telefon bimbit jenis tidak ingat dan wang tunai berjumlah RM600 milik Fudi Bin Bahiru telah dirampas. Selepas kejadian berlaku sebuah kapal SN/4396/4/F telah memberi bantuan kepada kapal SSK/00520/4/F. Selepas kejadian 02 orang mangsa culik yang merupakan juragan bot nelayan telah di bawa oleh kumpulan penculik tersebut menuju ke perairan Filipina.

Kapal SN/4396/4/F yang dipandu oleh Juragan bernama La Dango telah menghubungi pemilik bot nelayan SSK/00520/4/F bernama Chin Git Chong yang berada di Mumiang Sandakan Sabah. Pemilik bot kemudiannya telah menghubungi Supt. Ahmad Bin Arifin Pegawai Pemerintah Merin Lahad Datu dan telah memberikan kedudukan Lat/Long tempat kejadian. Supt. Ahmad Bin Arifin kemudiannya telah menghubungi Pengkalan Merin Sandakan dan memaklumkan kejadian tersebut. Sebuah bot Merin Sandakan RH 61 yang terdiri daripada 04 anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk mengesan kedudukan kapal nelayan yang terlibat dalam kejadian penculikan.

7) Hasil Siasatan Mendapati :

03 daripada 05 orang penculik tersebut berpakaian celoreng warna tidak pasti dan dipercayai bersenjata jenis M16, Garrant,serta M16 A1. Seorang daripada 05 orang penculik tersebut berpakaian baju warna putih dan berseluar jeans biru yang merupakan juru bahasa kepada kumpulan penculik tersebut. Manakala seorang lagi merupakan juragan bot penculik,berpakaian baju wana oren dan berseluar celoreng. Bot yang di gunakan adalah jenis fiber, berwarna putih menggunakan enjin 125 HP jenis Johnson, panjang lebih kurang 5-6 meter dan lebar lebih kurang 2-3 meter.

Pasukan Polis Merin Sandakan telah mendapat pengesahan daripada ESSCOMM bahawa lokasi kejadian adalah di bawah pengawasan/rondaan APMM dan TLDM berdasarkan sektor atur gerak ESSCOM (kawasan operasi).
Sehingga kini pihak majikan atau pun keluarga belum di hubungi oleh kumpulan penculik tersebut.

8) TINDAKAN-TINDAKAN YANG TELAH DI AMBIL :

8.1- 02 bot nelayan yang terlibat telah di arahkan masuk ke Pengkalan Polis Merin Sandakan.
8.2- Rakam percakapan pengadu.
8.3- Rakam percakapan saksi.
8.4- Hubungi majikan untuk hadir membantu siasatan.
8.5- Mengumpul dokumen-dokumen yang berkaitan.
8.6- Ambil gambar bot tunda yang terlibat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: