Tidak habis habis badut Warisan membuat fitnah ke atas kerajaan dan kepemimpinan GRS.
Ini bukan kali pertama page sampah Mawar Channel pro parti Warisan membuat dakwaan atau tuduhan jahat yang akhirnya terbukti satu lagi fitnah pihak Warisan.
Antara beberapa dakwaan yang disebarkan sebelum ini namun akhirnya terbukti fitnah.
Mawar Chanel, Aziz Jamman Dua Badut Kantoi Bohong Dan Tembak Kaki Sendiri โย Biasiswa
Kali ini ke atas Adun Apas yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Memang begitu cara Warisan menyembunyikan kegagalan baik dari segi kepimpinan parti Warisan mahupun sebagai kerajaan Warisan sebelum ini, khususnya bekas Ketua Menteri mereka, Shafie Apdal.
Akan sentiasa menyebarkan pembohongan malah fitnah ke atas kepimpinan GRS dengan harapan kerajaan Warisan sebelum ini dinilai lebih baik dari kerajaan hari ini, GRS. Walaupun satu Sabah tahu, kerajaan Warisan tidak melakukan apa apa termasuklah menunaikan sekecil kecil janji kepada penyokong parti Warisan itu sendiri.
Jangan tanya manifesto sejak pilihan raya umum 2018, ditunaikan ke tidak. Memang habuk pun tidak ada, janji saja manis tapi hakikatnya janji tinggal janji. Puiii!

Hari ini saya dimaklumkan sebuah FB Page Bernama MAWAR Channel telah menuduh saya menerima tajaan daripada syarikat besar luar negara.
Untuk makluman, syarikat Kromium Digital Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia dan tidak mempunyai kaitan dengan syarikat Kromium Digital di Barbados. Syarikat ini diasaskan oleh anak jati Tawau, Encik Rahman Bin Imuda.
Syarikat ini merupakan firma pemasaran digital yang berfokuskan pemasaran politik dan pemerkasaan demokrasi.
Saya telah menggunakan khidmat mereka sebagai perunding digital untuk menyokong perniagaan anak-anak Tawau, di samping kepakaran mereka yang telah berbukti dengan mengendalikan pemasaran digital beberapa lagi wakil rakyat.
Istilah ‘Sponsored by’ diperkenalkan oleh META (Pengendali Facebook) untuk kempen-kempen digital (Ads) yang bersifat politik untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban. META akan meminta dokumen-dokumen yang relavan untuk memastikan
setiap kempen-kempen digital tidak melanggar etika dan polisi mereka.
Pasukan saya akan menghantar permintaan rasmi kepada META untuk meminta maklumat pemilik MAWAR Channel untuk pasukan saya mengambil tindakan undang-undang di atas fitnah ini.
Kita dapat melihat dua sifat musuh-musuh GRS dalam isu ini. Pertama, mereka tidak melakukan kajian rapi sebelum melontarkan fitnah, kedua mereka tidak berani menggunakan wajah sebenar untuk bertanggungjawab terhadap fitnah yang mereka lakukan.
Facebook Page Nizam Abu Bakar Titingan





















