Bung Bincang Bekerjasama Dengan PH – Tidak Malu, Jangan Percaya

Saya sudah katakan asal namanya UMNO memang muka tidak pandai malu. Golongan yang tidak boleh dipegang pada janji, tengok gambar pun sudah cukup, macam hoi hoi ya hoi.

Parti dan pemimpin yang tidak ada rasa malu mana layak dijadikan kerajaan atau Ketua yang bertanggungjawab menentukan masa depan orang lain yang tiada kaitan dengan mereka.

Ibarat ketua mafia menasihati  masyarakat agar tidak menipu dan membunuh sebab ia perbuatan yang berdosa. Logik ke?

Saya kaitkan cerita di atas dengan kenyataan terbaru Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar yang ingin menjalin kerjasama dengan PH di peringkat negeri.

Menunjukkan dua hal.

UMNO Sabah sudah nampak, jika mereka tidak berkerjasama dengan PH di SABAH maka akan mengalami kekalahan besar pada pilihan raya negeri akan datang. Ini sudah dapat dipastikan.

Maka kenyataan pemimpin UMNO yang mereka akan bergerak solo sebelum ini. Saya memang sedar satu lagi pembohongan mereka.

Sangat sukar mempercayai kenyataan UMNO, tidak kiralah yang bercakap itu pemimpin atau level paling sampah, macai mereka.

Hal kedua yang saya maksudkan mana mungkin PH Sabah bekerjasama dengan UMNO. Sebab ia hanya akan benar benar merosakkan kredibiliti DAP dan PKR di Sabah. Di Semenanjung, kerjasama PH dan UMNO  dianggap pembohongan terbesar terhadap rakyat, sebab itu jangan hairan kenapa kerajaan perpaduan kurang popular.

Tahun 2023, UMNO Sabah dan Warisan berkerjasama cuba merampas jawatan Ketua Menteri Sabah daripada GRS, Namun gagal setelah antara sebabnya  PH tidak memberikan kerjasama atau tidak menyokong Bung Mokhtar atau Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kesimpulannya jangan pernah percayakan UMNO Sabah, sekalipun berbuat baik, kerana kebaikan mereka hanyalah muslihat yang akan mengorbankan hak rakyat Sabah yang lebih besar. Yakni selagi diketuai pemimpin pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan makan wang rakyat di Mahkamah.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading