Shafie Bagi Nasihat Syaitan Jangan Kenang Budi Orang, Begini kah Sikap Pemimpin, Haprak

Tidak mengenang budi dan tidak bersyukur adalah sikap orang yang jahil adab dan kalau melebih lebih akan jatuh munafik, iyalah untuk merasionalkan perbuatannya. 

Tidak bersyukur bererti kufur nikmat, nah tunggu akibatnya.

Baru ini Shafie Apdal menasihatkan orang  yang menghadiri ceramahnya supaya tidak bersyukur atau tidak mengenang budi.

Lebih kurang begini maksud yang sebenarnya.

Ambil bantuan tunai kerajaan negeri tapi jangan undi GRS. Sebab bukan juga duit Ketua Menteri Hajiji tapi duit rakyat.

Ya benar bukan duit Ketua Menteri Sabah, tapi siapa yang memikirkannya hingga menjadi kenyataan? pernah kerajaan Warisan melaksanakan bantuan tunai setiap bulan kepada rakyat Sabah?

Dalam masa sama terus berbohong, kononnya lima tahun baru kerajaan GRS membagi bantuan RM300 kepada rakyat.

Untuk makluman kerajaan negeri GRS telah membuat ketetapan. Membagi bantuan tunai RM300 setiap bulan kepada rakyat Sabah. 

Kamu dengar sudah nasihat putar belit Shafie tu kan?

Nah bagaimana pula mereka yang menyokong Warisan hanya kerana pernah diberikan projek gajah putih oleh Shafie.

Atau mereka yang disuruh datang ke rumahnya di Semporna untuk dibagi duit RM10.

Budi siapa yang wajar dikenang, Shafie kah atau parti yang memerintah ketika itu?

Ingat, projek yang dia bagi dibayar menggunakan wang rakyat bukan duit Shafie. Sama dengan memancing undi rakyat dengan nilai sepuluh ringgit itu,  juga bukan duitnya tapi wang rakyat atau kerajaan yang dia sakau, berdasarkan skandal KKLW sebelum ini.

Begitu juga membawa mayat  dari Semenanjung ke Semporna.  Orang orangnya akan mengungkit jika ada keluarga si mayat menyokong selain Shafie atau parti Warisan. Sedangkan belum pasti wang yang digunakan dari gaji Shafie.

Berani Presiden Warisan menasihati orang supaya tidak bersyukur. Walhal dia sendiri menuntut orang yang dia  bagi kaki palsu pun supaya jangan mengundi orang lain. 😂

Shafie semasa menjadi pemimpin UMNO dalam ucapannya. Memuji  UMNO setinggi langit kerana dia yang asalnya hina miskin mendapat kekayaan dan kedudukan sejak bersama UMNO. Tapi apa, dia tinggalkan UMNO.

Kalau iya pun meninggalkan UMNO ketika itu, tapi janganlah kecam Najib kaw kaw. Hemmm!

Betullah tuduhan Timbalan Presiden UMNO Malaysia bahwa Shafie itu adalah Ketua Lanun.

Kita sudah maklum yang Shafie jenis tidak mengenang budi secara terbuka. Jadi kenapa kamu tidak ikut perangainya meninggalkan Warisan, memandangkan yang berjasa kepada rakyat Sabah hari ini adalah GRS selaku kerajaan negeri, bukan Shafei atau parti Warisan.

Hakikatnya selama GRS menjadi kerajaan negeri Sabah. Pelbagai bantuan  diberikan kepada rakyat Sabah tanpa mengira fahaman politik. Saya sebutkan satu satupun, tidak larat, terlalu banyak.

Tapi yang pasti walaupun si Aziz Jamman siang malam membohong dan memfitnah Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Tapi bila si Aziz Jamman terhegeh hegeh, minta biasiswa untuk anaknya. Permohonannya diluluskan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor sendiri.

Sudah dipastikan Si Aziz Jamman juga seperti Shafie tidak mengenang budi. Manusia jenis apa ni?

Aziz Jamman Lagak Budiman Setelah Kantoi Minta Biasiswa Anak Dari KM Hajiji

Kamu masih ingat bantuan tunai Covid semasa kerajaan Warisan? Ramai masyarakat merungut tidak menerima tunai,  walaupun SMS menunjukkan bantuan telah dikreditkan ke akuan  penerima.

Bantuan Covid 19 Sabah Gagal Disalurkan Pada Golongan Sasar

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading