Dua Kementerian Mendapat Peruntukan Paling Besar Dalam Bajet 2019

DUA Kementerian yang dapat peratus perubahan tambahan Bajet paling tinggi adalah Kementerian Kewangan LGE (DAP) dengan kenaikan 79 peratus dan Kementerian Pengangkutan Anthony Loke (DAP) dengan kenaikan 26.5 peratus.

Yang LGE kerana masuk peruntukan Refund Tax yang sebahagian besar yang dapat manfaat adalah pengilang yang tentunya tak ramai Melayu atau luar bandar terlibat. Begitu juga MOT dengan peruntukan tambahan KTM. Terengganu tak ada kereta api, tak ada LRT, tak ada Rapid KL.

Refund Tax ini satu isu juga. Bagaimana kita buat andaian memang semua tuntutan adalah betul? Sebahagian adalah dalam semakan kastam dengan pelbagai isunya. Adalah normal tuntutan dibuat secara berlebihan dengan pelbagai helahnya dan adalah normal akan ada tuntutan diluluskan dan ada yang tidak.

Bagaimana pula dengan cukai GST pengilang yang sememangnya kena dibayar tapi belum dibayar sebelum ini? Apa angkanya? Mengapa tidak dilaporkan?

Sepatutnya tol LPT2 diberi insentif penurunan. Kerajaan belum pulangkan wang Terengganu RM1.6 bilion yang jadi sebahagian kos pembinaan LPT2 yang sepatutnya dibiayai sepenuhnya oleh Persekutuan.

Kementerian yang ada kepentingan Melayu atau bumi peratus penurunan tinggi. Kementerian Asas Tani (PAN) turun 13.7 peratus. Hatta Kementerian Perusahaan Utama Theresa Kok yang DAP yang sepatutnya bantu sawit dan getah libat banyak orang Melayu tiada peruntukan langsung bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil dan penoreh getah. Bajet 2018 ada RM261 juta untuk itu. Bajet 2019 PH memperuntukkan RM0 (sifar) bantuan penoreh getah pekebun kecil menghadapi tengkujuh.

Peruntukan untuk MARA potong 50 peratus dari RM3.5 bilion 2018 kepada cuma RM1.3 bilion 2019.

Hebat PH kan?

Harakahdaily.


Seperti yang ditimbulkan oleh jentera PAS diatas.

Refund Tax dan Refund GST adalah isu yang menarik, kerana dana itu nanti akan gunakan untuk membayar refund GST dan Tax dari golongan kaya raya yang majoritinya berbangsa Cina DAP.

Jadi menjadi tanggungjawab masyarakat untuk mengetahui apakah prasyarat dan detail permohonan yang telah digariskan oleh Kementerian Kewangan didalam menuntut Refund Tax dan Refund GST. Ini wajar untuk diketahui sebab ia melibatkan wang rakyat.

Apa lagi urusniaga ini melibatkan syarikat-syarikat besar yang mahir dalam perakaunan, maka tidak mustahil akan ada tuntutan yang ada elemen subahat dengan Menteri Kewangan. Siapa tahu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s