Pusat Governance, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) berharap rang undang-undang negara bagi mengelakkan amalan menjual kontrak kepada pihak lain atau Ali Baba dapat dibentangkan di Parlimen April depan.
Pengarahnya Abu Kassim berkata buat masa ini mereka sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM bagi meneliti draf undang-undang itu untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di Kabinet dan Dewan Rakyat.
GIACC tidak mahu mereka yang mempunyai hubungan dengan ahli politik lalu menggunakan kekuatan itu untuk mendapatkan projek. Sedangkan mereka tidak berkemampuan untuk melaksanakannya sebaliknya bagi mendapatkan keuntungan segera projek itu akan dijual kepada kontraktor sebenar.
GIACC mahu mengurangkan penggunaan proksi dan memastikan hanya mereka yang benar-benar memiliki Syarikat kontraktor dan berkemampuan yang layak mendapat projek yang ditawarkan.
Pada rakyat, kamu pegang undang-undang itu dan laporkan segera ke SPRM atau GIACC jika ada yang terbabit di sekeliling anda.