Jangan Kamu Percaya Dakyah Najib Berhubung Tuntutan Pewaris Sultan Sulu

Jangan kamu sudi kena kelentong buat kesekian kalinya oleh si Najib yang sudah terbukti kantoi maling di Mahkamah. Sebelum ini dia mempertahankan kesalahannya menghentikan bayaran wang pemisah kepada pewaris sultan sulu dengan menyalahkan bekas peguam negara, Tommy Thomas. Najib mendakwa Tommy atau kerajaan PH mengeruhkan atau memburukkan lagi keadaan bila membayar tunggakan wang pemisahan sebanyak... Continue Reading →

PH Ambil Idea Masidi/ Kerajaan GRS Berhubung Tuntutan Royalti 40%

Inilah apa yang dipanggil mencuri kredit buah fikiran/idea orang lain berhubung tuntutan 40% royalti minyak ke atas kerajaan Persekutuan. Bukan lagi mencuri tapi masih beranggapan fikiran rakyat Sabah ini masih mudah dimanipulasi. Walau selepas beberapa propaganda pembangkang semasa Pilihan Raya Umum 2018. Sebelum ini Datuk Masidi Manjun ada menegaskan bahawa jika dalam perundingan yang sedang... Continue Reading →

UMNO dan PH Berpakat Di PRN Melaka

Gambar Hiasan Tapi Tulen Alamak tersebar pula satu berita ni. Yang mendakwa UMNO dan Pakatan Harapan awal awal lagi telah berpakat untuk bertanding di DUN dimana Perikatan Nasional dan calon Bebas bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 yang bertujuan untuk memecah undi Perikatan Nasional. Sekiranya UMNO dan Pakatan Harapan masing memenangi 14 kerusi maka... Continue Reading →

Tular Video/Foto Bungkusan Makanan dan RM50 Kerja Siapa?

Tular tadi pagi sekumpulan orang dewasa sedang mengambil sebungkus makanan berserta wang RM50 yang diselitkan pada bungkusan makanan. Video itu telah mencetuskan persepsi negatif di kalangan rakyat terutamanya penyokong parti-parti politik. Ada yang mendakwa kononnya ia dilakukan oleh parti kerajaan begitu juga sebaliknya. Yang lucunya penyokong UMNO pula yang beria-ia mendakwa kononnya ia dijalankan oleh... Continue Reading →

Tidak Wajar Sulaiman Ambil Tugas Caretaker ๐Ÿ‘Ž

Ada benarnya, adalah tidak patut Ketua Menteri yang tidak lagi mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Melaka, malah diberikan amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua menteri sementara "caretaker". Bukan kah faktor Adun UMNO sendiri keluar dari kerajaan Melaka adalah kerana percaya Ketua Menteri Sulaiman gagal memikul tanggungjawabnya. Ada kalanya walaupun kita berada di pihak... Continue Reading →

Najib Mahu GST Diperkenalkan Semula

Entahlah Najib mahu sistem kutipan cukai GST diperkenalkan semula. Alasannya untuk mengurangkan jurang diantara orang miskin dan kaya dikalangan rakyat Malaysia dan perlu diperkenalkan selepas pandemik Covid 19 berakhir? Rasanya idea ni bagus tapi biarlah orang lain yang cadangkan, bukannya Najib yang berhadapan dengan tuduhan di Mahkamah, nanti hanya membangkitkan kemarahan rakyat. Satu lagi bukan... Continue Reading →

Esok PH Tandatangan MOU Bersama Pemerintah

Kiranya esok pemerintah akan menandatangani MOU bersama pembangkang, Pakatan Harapan lah kan. Itu juga bererti tidak ada sudah undi percaya di Parlimen. Ok juga lah ni, namun pada ramai orang, MOU esok hanya untuk mengawal suhu politik bukan untuk mencari formula bagi menangani penularan Covid 19 dan ekonomi. Elemen Covid dan ekonomi dalam MOU ini... Continue Reading →

Warisan Plus Harus Mengakui Kegagalan Skybridge Secara Terhormat

Warisan-Plus harus mengakui dengan cara terhormat di atas kegagalan untuk menyelesaikan masalah Jejantas โ€˜Skybridgeโ€™ Kota Kinabalu sepanjang 22 bulan pentadbiran mereka dan bukannya memberikan berbagai alasan. Terdapat sebilangan anggota pembangkang berusaha menyesatkan orang ramai dengan memberikan maklumat palsu mengenai projek Jejantas yang kini sudah siap. Sikap itu adalah sangat mengecewakan. Jejantas tersebut disiapkan mengikut pelan... Continue Reading →

Aziz Jamman Pembangkang Yang Kuat Berangan Tapi Gagal ๐Ÿ‘Ž

Kesian si Aziz sedang bersungguh sungguh menutup kegagalan mereka bila baru saja kelmarin Warisan mengalami kerugian bila mana untuk ke sekian kalinya salah membuat perhitungan, menyebabkan Perikatan Nasional kekal sebagai kerajaan malah tampaknya semakin mengukuh. Tweetnya si Aziz itu berkenaan kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri atau kerajaan Perikatan Nasional. Selepas berjaya... Continue Reading →

Powered by WordPress.com.

Up ↑