Hari Ini Najib Dibebaskan? Tidak!

Adakah Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun akan dibebaskan hari ini?

Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 oleh Mahkamah Persekutuan setelah mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Mahkamah Rayuan juga mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi sebelum Mahkamah Persekutuan.

Hari ini Mahkamah Persekutuan akan menyemak permohonan rayuan akhir Najib yang berjalan sejak 19 Januari 2023.

Kiranya ini rayuan kali yang ke tiga selepas Mahkamah Rayuan dan semasa perbicaraan akhir di Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Najib bersalah.

Semakan kehakiman dibuat ke atas kredibiliti Nazlan selaku hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan 210 juta ringgit denda.

Semakan kredibiliti turut dibuat ke atas hakim Mahkamah Persekutuan, Tengku Maimun Tuan Mat yang mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi, Hakim Nazlan.

Ada beberapa perkara yang dihujahkan oleh peguam Najib, kenapa 2 hakim berkenaan berkemungkinan tidak berlaku adil terhadap Najib Razak.

Sebab semasa SRC membuat pinjaman di Mybank, Nazlan adalah peguam Mybank. Dan Nazlan semasa mengadili skandal SRC menyembunyikan kedudukannya sebagai bekas peguam Mybank.

Manakala Tengku Maimun pula sebab suaminya memuat ciapan di Twitter atau media sosial yang Najib lah bertanggungjawab merugikan 1MDB.

Kalau itulah alasan Peguam Najib rasanya Najib akan kalah dan kekal di penjara Kajang. Sebab status hakim Nazlan sebagai bekas peguam Mybank ketika menjatuhkan hukuman bersalah tidak dapat membatalkan transaksi wang yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak yang ketika itu sebagai Pengerusi 1MDB.

Malah lebih afdal selaku hakim sebab menyaksikan kesalahan yang dilakukan oleh Najib dari dekat.

Begitu juga dengan ciapan suami Tengku Maimun di media sosial ia tidak mampu membatalkan hujah peguam pendakwa yang berjaya membuktikan Najib menyeleweng dana SRC. Apa lagi ciapan dibuat selepas Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah.

Bagaimana pula dengan para hakim mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan mahkamah Tinggi, kenapa kredibiliti mereka tidak dipersoalkan?

Jadi soalan adakah hari ini Najib akan dibebaskan, berdasarkan sedikit kesimpulan mudah diatas, jawapannya tidak.

Kalau pun Najib dibebaskan anggap saja ia rezeki orang perseorangan dan siapa lah insan manusia yang dapat menentukan rezeki atau nasib seseorang tanpa izinNya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: