KM Hajiji Tetap Menuntut 40% Hasil Sabah, Aziz Jamman Jangan Kuat Minta Puji

Si Aziz Jamman beretorik atau minta puji lagi, pasal apa lagi kalau bukan tuntutan hasil Sabah 40%.

Rentak sama ketika parti Warisan mula muncul sekitar tahun 2016. Dimana perjanjian Malaysia 1963 menjadi modal mereka. Malangnya ketika mereka berpeluang menjadi kerajaan negeri Sabah, 40% tuntutan hasil atau lebih gah lagi 80% royalti minyak Sabah dari Persekutuan tidak mampu pula mereka realisasikan. Hampas, tin kosong betul lah!

Hari ini setelah menjadi tukun pembangkang, sekali lagi kepimpinan Warisan beretorik dengan hasil Sabah atau perjanjian Malaysia 1963.

Siapa lagi yang mahu percaya Aziz Jamman oiii!

Si Aziz membangkitkan keputusan Sidang Parlimen pada 29 September 1971 yang mewartakan 40% hasil Sabah telah dibatalkan.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh si Aziz Jamman yang syok sendiri ketika berhujah di sidang Parlimen baru baru ini. Ini kerana Tuan Speaker pun tidak faham dengan keterangan Si Aziz. Hahaha!

Inilah mangkuknya si Aziz Jamman. Dia sendiri akui tidak ada sidang Dewan Rakyat pada 29 September 1971. Itu bererti warta 1972 boleh dipersoalkan.

Maka sewajarnya Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor meneruskan tuntutan 40 % hasil Sabah atau struktur yang lebih menguntungkan dan realistik.

Ertinya kerja Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dari konteks hasil atau kekayaan Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 terus konsisten dalam erti kata lain telah ditunaikan walaupun bukan manifesto yang menjadi modal parti Warisan setiap kali pilihan raya.

Habis itu kenapa pula si Aziz Jamman menuntut rakyat Sabah supaya menolak kepimpinan GRS sebab kononnya telah bersetuju membatalkan hasil Sabah 40% dari Persekutuan?

Pertanyaannya sewaktu Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri Sabah, kenapa dia tidak memperjuangkan warta 1971 yang tidak wujud itu, seperti mana dakwaan si Aziz Jamman?

Dan selepas itu bagaimana pula dengan kedudukan 40% hasil Sabah telah berjaya dipertahankan oleh kerajaan Warisan kah?

KM Hajiji Desak Siasatan Ke Atas Presiden Parti Tempatan Terlibat Jual Kad Identiti Palsu

Berhubung dakwaan Menteri KDN bahwa seorang Presiden parti di negeri Sabah telah ditangkap setelah terlibat dalam sindiket menjual kad identiti palsu kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Oleh itu Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah mendesak agar siasatan segera diadakan ke atas individu yang terbabit tanpa kompromi.

“Jika didapati benar, suspek dan ahli sindiketnya mesti dikenakan tindakan undang-undang yang sekeras-kerasnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yang ini tidak pula si Aziz Jamman aka Warisan bersuara lantang walhal kesalahan yang dilakukan bertentangan dengan undang-undang. Sebaliknya bila kerajaan memberikan kad pekerja kepada pendatang asing tanpa izin (PATI), si Aziz tidak sudah bercakap mengenainya dan sengaja melihatnya dari semua segi hingga tidak masuk akal.


PETALING JAYA: Presiden sebuah parti tempatan di Sabah ditahan polis kerana didakwa terbabit dalam sebuah sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, Mohd Arshad Abdul Mualap yang mengetuai Parti Perpaduan Rakyat Sabah ditahan di sebuah rumah di Subang Jaya pada 22 Jun lalu.

Dalam sidang media di Bukit Aman beliau berkata, lelaki itu didakwa menjadi dalang sindiket terbabit dan rakan subahatnya yang dikenali sebagai Mohamad Amkah Ahmad turut disiasat polis.

Katanya, parti itu didaftarkan pada 2017 dan kedua-dua individu terbabit dihadapkan ke mahkamah di Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, Hamzah berkata, suspek ditahan pada 22 Jun lalu bersama seorang lagi lelaki dikenali Mohamad Amkah Ahmad mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hamzah berkata, sindiket berkenaan telah memperdayakan dengan mendakwa kad pengenalan palsu itu mampu memberikan kelebihan kepada pemegangnya.

“Kumpulan itu kononnya boleh berikan kad pengenalan seolah-olah boleh digunakan di negara kita. Contoh seperti boleh digunakan untuk hospital dan pendidikan,” katanya.

Hamzah berkata, setiap kad pengenalan palsu itu dijual kepada individu bukan warganegara pada harga RM500 hingga RM1,000 seunit.

Setakat hari ini, sebanyak 400 kad pengenalan palsu telah diberikan kepada warganegara asing berdasarkan kepada borang permohonan yang dirampas pihak polis.

Hamzah juga menegaskan kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak mengeluarkan kad pengenalan melalui sindiket termasuk di Sabah dan Semenanjung. [FMT]

Sabah Atau SLS Mulakan Proses Undang-undang Tuntut 40% Royalti Minyak Sabah

Langkah awal rakyat Sabah mengguna pakai undang-undang untuk menuntut hak hak Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963, pun bergema.

Bilamana Persatuan Undangundang Sabah (SLS) akan mengemukakan semakan undang-undang berkenaan tuntutan 40 persen royalti minyak ke atas kerajaan Persekutuan. Hal ini disokong penuh oleh kerajaan negeri Sabah atau Ketua Menteri Hajiji Noor atas dasar melihatnya dari sudut yang positif antara lainnya merealisasikan kehendak rakyat Sabah.

Sebelum ini Masidi Manjun ada menegaskan, sekiranya tuntutan itu berhadapan dengan alasan retorik maka Sabah akan memulakan proses undang-undang, sebagai jalan penyelesaian.

Untuk makluman sejak dari awal perjanjian Malaysia 1963 tidak dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Macam celak jak!

Ini yang rakyat Sabah inginkan, yang terpendam sejak puluhan tahun yang lalu iaitu menuntut hak seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 dengan penuh keberanian, soal menang atau kalah belakang cerita. Namun hak yang selama ini tidak dihormati akan tetap diperjuangkan hingga akhir.

Semestinya selagi 20 puluh perkara dalam perjanjian Malaysia tidak ditunaikan walaupun tidak sepenuhnya. Pasti akan terus menjadi alat kepada generasi Sabah yang akan datang

Mungkin kerana sikap dalaman rakyat Sabah itu sendiri yang terkenal sebagai pemberani dan ada rasa malu yang menebal.

Sebaliknya jika tidak dituruti maka lama-lama akan bertukar menjadi kanser yang akan sangat sukar untuk diubati atau ditangani.

Justeru itulah sudah tiba masanya perjanjian Malaysia dirungkai hingga dapat memuaskan hati rakyat Sabah walaupun tidak kesemuanya. Sebab maklumlah dikalangan penduduk Sabah sendiri masih ada yang tidak ada semangat kenegerian.

Orang Sabah terkenal dengan sifat atau sikap yang setia. Tetapi kalau kesetiaan mereka diperalatkan hanya untuk keuntungan sebelah pihak, sedangkan mereka tidak menerima perubahan seperti yang dijanjikan, maka selepas satu ketika berhati-hatilah dengan kesanggupan orang Sabah.

Rakyat Sabah sedar apa yang menyebabkan mereka ketinggalan berbanding negeri negeri tertentu yang lain, walhal mereka tahu Sabah sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam.


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengambil maklum permohonan Persatuan Undangundang Sabah (SLS) untuk semakan kehakiman berhubung isu pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kerajaan Sabah melihat inisiatif SLS dari sudut positif yang tidak berpihak dan tidak berpolitik dalam kepentingan bersama aturan perlembagaan ketika Sabah terlibat dalam pembentukan Malaysia pada
1963.

“Kerajaan Sabah telah, dan akan terus menerus dan bersungguh-sungguh menuntut hak 40% dan lain-lain hak serta kepentingan Sabah dengan kerajaan Persekutuan,” katanya.

April lalu, Hajiji berkata Sabah mengalu-alukan kenaikan empat kali ganda Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta mulai tahun ini melihat ia langkah yang baik untuk pembangunan Sabah sementara Kerajaan Negeri akan terus menuntut 40% seperti yang dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Hasil Kutipan 40% Pulangkan Balik Pada Sabah Oiii

Teruskan ketegasan baik kerajaan negeri dan rakyat Sabah yang berpendirian akan terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan agar 40% hasil kutipan cukai daripada Sabah diberikan balik kepada Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963.

Pendirian itu ditegaskan oleh ketua GRS Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah pada sidang terakhir di Sabah pada Khamis baru baru ini. Alhamdulillah

Ia susulan kenyataan sebelum ini Menteri Kewangan Persekutuan Datuk Tengku Zafrul yang mendakwa “peruntukan” itu tidak lagi wujud atau tuntutan itu tidak lagi wujud kerana kekangan ekonomi negara.

Namun menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji itu hanyalah dari sudut pandangan Persekutuan bukannya dari sudut pandang negeri yang ada hak dan itu bererti ia masih berkuatkuasa kerana ia termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

Oleh itu kerajaan GRS tidak akan berhenti dan akan terus berusaha meyakinkan Kerajaan Persekutuan bahawa butiran dalam perjanjian itu perlu dipatuhi dan dihormati.

Sekiranya 40% hasil kutipan Persekutuan dapat dipulangkan balik kepada negeri Sabah, iya sudah tentulah akan menambah lagi kantung kerajaan negeri dan boleh digunakan untuk membuat pelaburan atau untuk membina prasarana di negeri Sabah yang masih ketinggalan berbanding negeri negeri di Semenanjung sedangkan mereka tidak ada sumber alam yang boleh digunakan untuk pembangunan.


Pulangkanlah balik hasil kutipan daripada Borneo tu oii ada juga UMNO yang menjaga negeri kamu orang di Semenanjung tu.

Bagi balik lah, kita orang mahu tengok, selepas ini kemajuan apa yang akan dicapai tanpa hasil daripada Sabah dan Sarawak. Adakah UMNO mampu menjana ekonomi atau wang yang lebih banyak melalui pelaburan seperti 1MDB. Hehehe!

Setakat menang dan maju hasil dari politik Umno yang temberang saja yang lebih, lebih baik hentikan, cukup-cukuplah tidak akan ke mana jua.

Kemajuan dari hak orang lain tapi tidak bersyukur pasti satu hari akan ditelan bumi.

Penerangan Warisan Kota Kinabalu Keluar Parti

Apa cerita lagi ni. Walaupun pada hakikatnya Kota Kinabalu itu adalah kubo DAP seperti mana juga tempat bermastautinnya penyokong dan jentera UMNO di kubo Warisan yang bererti kritikan atau ketidakpuasan hati mereka terhadap “seteru” UMNO iaitu Bersatu hanyalah omong kosong yang sikit pun tidak menggugat keadaan.

Tapi yang ini lain sikit sebab ia melibatkan kaum Cina yang kita tahu politik mereka ni tidaklah menjurus kepada hal hal yang mereka harapkan secara total seperti projek dan sebagainya berbeza dengan penyokong UMNO di kawasan kubo Warisan, pasti ada muslihat untuk kepentingan tengkuk mereka secara langsung atau tidak langsung.

UMNO bha tu memancing sokongan dengan cara “memaksa”!

Politik kaum Cina ni kalau sudah menentang atau menyokong pihak tertentu maka itu bererti mereka akan menyokongnya bersungguh-sungguh, sebab adalah yang tidak kena tu.

Parti KDM telah pun menyatakan hasrat mereka untuk bersama sama dalam parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada majlis perasmian parti KDM yang dirasmkikan oleh Datuk Hajiji Noor.

GRS diketuai oleh Datuk Hajiji Noor dari Bersatu, PBS, STAR dan SAPP. Manakala BN sebenarnya UMNO hanyalah rakan kerjasama dalam GRS itu sendiri.

Bahwa berita dibawah tersebar, dimana berkurang lagi bilangan penyokong Warisan dan penyokong GRS pula bertambah.


BEKAS Ketua Penerangan Warisan Bahagian Kota Kinabalu, Dennis Chia mengetuai sekumpulan 50 orang kaum Tionghua menyertai parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bahagian Penampang semalam. Mengalu-alukan penyertaan mereka ialah ketua penaja parti KDM Penampang, Mary June G Kinsuat serta Ahli Jawatankuasanya.

Kelihatan digambar, Mary (tujuh dari kanan) mengalu-alukan penyertaan Dennis dan rakan-rakannya dalam satu majlis ringkas di Penampang.

Ucapan KM Hajiji Sempena Sambutan Hari Malaysia 2021


TEKS UCAPAN Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR KETUA MENTERI SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2021, 16 SEPTEMBER 2021 SICC, KOTA KINABALU

Bismillahirahmanirahim  

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Keluarga Malaysia dan 

Salam Sabah Maju Jaya

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni.

Pada malam yang bersejarah ini, bagi pihak Kerajaan Negeri, saya dengan penuh takzimnya merakamkan junjungan kasih semerbak budi atas perkenan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berangkat hadir ke Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021. 

Sesungguhnya, keberangkatan Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan ke majlis ini adalah manifestasi komitmen dan keprihatinan tinggi terhadap usaha-usaha berterusan dalam memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum, agama, budaya dan wilayah.  

Tuan Yang Terutama Tun,

Saya mohon izin untuk menyampaikan ucapan kepada para hadirin dalam majlis ini.

  1. Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan kudrat dan iradat-Nya, kita dapat bersama-sama berhimpun dalam satu majlis yang bersejarah iaitu Sambutan Hari Malaysia. Sungguhpun majlis pada tahun ini dianjurkan dalam skala sederhana tatkala kita masih berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19, namun sambutan secara hibrid ini tetap mempunyai nilai dan makna tersendiri. 
  1. Pastinya sambutan pada malam ini amat istimewa dengan kehadiran pemimpin utama Kerajaan Persekutuan, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob bersama-sama dengan barisan Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan, wakil Kerajaan Sarawak, barisan kepimpinan negeri Sabah, dan para pegawai kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  1. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat di Sabah, saya dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran dan merakamkan ucapan selamat datang kepada para tetamu kehormat khususnya kepada Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob. Begitu juga, kita ingin meraikan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang mengikuti sambutan ini secara dalam talian di seluruh negara.
  1. Kita bersyukur kerana kedudukan Hari Malaysia menjadi bertambah signifikan di hati rakyat Malaysia. Pada tarikh keramat 16 September 1963, di bumi bawah bayu inilah berlangsungnya detik bersejarah perisytiharan pembentukan Persekutuan Malaysia. 
  1. Dalam tempoh beberapa dekad awal penubuhan Malaysia, ada yang melihat seolah-olah fokus hanya diberikan kepada tarikh 31 Ogos, sebagai Hari Kemerdekaan Negara. Tarikh 16 September setiap tahun kebiasaannya hanya disambut sebagai penutup Bulan Kemerdekaan.
  1. Melihat situasi tersebut, rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak telah mengutarakan pandangan bahawasanya tarikh 16 September wajar diletakkan pada tempat dan kedudukan yang sewajarnya. Kerana hakikatnya, inilah tarikh sebenar pembentukan sebuah Negara Malaysia yang berdaulat.
  1. Sebenarnya, pandangan dan keprihatinan ini lahir daripada rasa cinta kepada Malaysia sebagai tanah air yang dibina bersama. Malah ia menzahirkan bahawa warga Malaysia di Sabah, dan saya yakin Sarawak juga, berasa amat bersyukur dan sentiasa menghargai nikmat kemerdekaan, keamanan dan kemajuan yang dikecapi selama ini, di bawah naungan Persekutuan Malaysia.
  1. Alhamdulillah, kita bersama mencipta perubahan yang amat bermakna. Bermula tahun 2009, Kerajaan telah mengisytiharkan 16 September sebagai Hari Malaysia dan cuti umum bagi seluruh negara. Kita yakin, ia bukan sekadar perubahan kosmetik dari aspek sambutan semata-mata, tetapi nilai dan maknanya cukup besar dalam kita melangkah ke hadapan, membina masa depan yang lebih gemilang untuk rakyat dan negara Malaysia tercinta.
  1. Sesungguhnya, pembentukan Malaysia telah membawa banyak nikmat dan manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat di seluruh Negara. Kita amat menghargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat jelata di Sabah. Keamanan, kemakmuran dan kemajuan bukanlah frasa yang kita hanya ‘DENGAR’, tetapi kita dapat ‘LIHAT’ dan ‘RASAI’ saban hari.
  1. Perjuangan ini tidak akan terhenti selagi mana kita mempunyai kesatuan sesama pemimpin dan rakyat. Perjalanan membina negara ini masih panjang dan berliku. Dan pastinya kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Namun ingatlah, pra syarat untuk kita berjaya mengharungi segala bentuk tribulasi adalah kesatuan, kebersamaan dan perpaduan atas kepentingan tanah air.  
  1. Atas kesedaran dan keinsafan inilah, kami di Sabah amat mengalu-alukan dan mendokong pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ yang dibawakan oleh Perdana Menteri, YAB. Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob. Konsep yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan agama ini amat bertepatan dan wajar dijadikan prinsip serta pegangan dalam kita menggerakkan agenda pembinaan negara dan pembangunan masyarakat.
  1. Pada hemat saya, ‘Keluarga Malaysia’ merupakan satu konsep kenegaraan yang begitu utuh dan berupaya menyimpulkan ikatan akrab sekalian rakyat jelata yang berbilang kaum, agama dan budaya.
  2. Hakikatnya, pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ amat relevan dengan kami di bumi bawah bayu ini. Sabah sudah sekian lama tersohor sebagai negeri teladan dalam citra keharmonian masyarakat. Sejak dahulu, norma kehidupan rakyat Sabah adalah berasaskan rasa saling hormat dan mengiktiraf kepelbagaian serta perbezaan.
  1. Bagi kami di Sabah, institusi keluarga tidak pernah dibatasi perbezaan suku, agama dan budaya kerana realitinya begitu banyak keluarga di Sabah yang dibina atas kepelbagaian itu. Saya sendiri lahir atas kerencaman itu dengan darah suku Bajau Sama, Dusun dan Iranun. Malah semua suku kaum di Sabah sudah sebati dengan nilai kekeluargaan yang majmuk dan harmoni, serta sifat keterbukaan dan kebersamaan.
  1. Sebagai contoh, dalam komuniti Bajau Sama, adanya falsafah “mangan nia’ mangan asal jo kurung-kurung”. Dalam rumpun Kadazan-Dusun pula, ada konsep “mitatabang om misompuru”, manakala semangat suku Iranun sebati dengan nilai “dapai kapatai asal magisa-isa”. Semua warisan tradisi ini membawa kepada nilai dan makna kekeluargaan yang menekankan prinsip kesatuan, kerjasama dan kesepakatan yang intim dan erat.
  1. Semangat dan budaya kekeluargaan dan persaudaraan yang terolah secara fitrah dalam rumpun komuniti Sabah telah berakar umbi dan diwarisi sejak dahulu. Justeru, kita di Sabah amat berbesar hati untuk menyambut gagasan ‘Keluarga Malaysia’, dan kita akan bersama dengan YAB Perdana Menteri untuk memastikan hasrat murni ini menjadi pegangan semua pihak.
  1. Nilai murni kekeluargaan dalam konteks nasional sebenarnya boleh jauh merentasi kepercayaan, ideologi, sosio-budaya dan wilayah. Semangat ‘Keluarga Malaysia’ berupaya mewujudkan kesatuan dan kebersamaan seluruh rakyat jelata dalam menangani pandemik COVID-19. Cabaran luar biasa ini menuntut kerjasama dan komitmen semua pihak. Bukan sikap menuding jari mencari salah, tetapi keikhlasan dalam mencari solusi. Realitinya, komitmen dan disiplin diri setiap daripada kita adalah sebahagian daripada jalan penyelesaian.
  1. Kita amat menghargai penat lelah dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang bekerja keras, siang dan malam demi menjamin kesihatan, keselamatan dan kebajikan sekalian rakyat. Sebagai ahli kepada ‘Keluarga Malaysia’, tidak kira status dan kedudukan, kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk membendung pandemik ini.
  1. Atas sebab itu, Sabah menyokong dan menghargai sepenuhnya inisiatif murni dan kesepakatan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai baru-baru ini. Inilah antara komitmen dan peranan di pihak komuniti politik yang telah lama dinanti-nantikan di kala negara berhadapan dengan musibah COVID-19. 
  1. Di peringkat negeri, sejak dari awal para pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah bersepakat untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negeri sebagai keutamaan. Komitmen kita adalah untuk menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang telah dilancarkan pada 29 Mac 2021. Mandat rakyat perlu ditunaikan sehabis baik, apatah lagi di kala menghadapi kemelut kesihatan awam luar biasa yang memberi kesan kepada ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.
  1. Kerajaan Negeri pimpinan GRS amat menghargai komitmen meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai antara teras utama dalam kerjasama dwi-partisan melalui memorandum persefahaman di peringkat persekutuan. Atas semangat yang sama, Sabah berharap YAB Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dapat meneruskan dan menyambung semula pada kadar segera siri rundingan di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Sarawak melalui platform Majlis Khas MA63 yang telah dirintis di bawah pimpinan YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
  1. Banyak kemajuan awal telah mula dicapai. Kita berkeyakinan tinggi, di bawah kebijaksanaan kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Perdana Menteri, kita akan dapat bersama-sama membawa nilai dan makna yang lebih besar. Berteraskan semangat ‘Keluarga Malaysia’ merentasi wilayah, Insya Allah, kita berusaha memenuhi kontrak sosial antara wilayah yang telah disepakati para pelopor awal tanah air di bawah Perjanjian Malaysia 1963. 
  1.     Suka saya mengulangi komitmen bahawa selaku Ketua Kerajaan kepada 

rakyat dan negeri Sabah, saya ingin mengemukakan jaminan bahawa, yakin dan percayalah, suara rakyat Sabah yang mengutarakan hak-hak negeri, sebenarnya bukan hanya berkisar tentang kepentingan negeri semata-mata. Keprihatinan itu lahir atas rasa kecintaan dan kesetiaan kami kepada Persekutuan Malaysia, negara yang telah kita bentuk bersama-sama. Dan setelah 58 tahun, sesungguhnya hasrat kami adalah untuk melihat rakyat dan negeri Sabah diberikan pengiktirafan yang lebih signifikan dalam membawa Malaysia melangkah ke hadapan, membina negara yang jauh lebih makmur, aman, maju dan sentosa. 

  1. Saya ingin mengajak seluruh rakyat di Sabah untuk terus bersatu atas semangat ‘Keluarga Malaysia’. Saya penuh yakin bahawa di bawah kepimpinan Y.A.B. Perdana Menteri, Sabah akan menikmati lebih banyak pembangunan untuk rakyat di semua peringkat. 
  1. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Y.A.B. Perdana Menteri, para pemimpin dan seluruh rakyat yang bersama dalam sambutan ini. Saya juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Pengerusi Induk dan Pengerusi Bersama serta Ahli-ahli Jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat menjayakan Sambutan Hari Malaysia 2021. 

  1. Demikianlah ucapan saya kepada para hadirin dalam majlis ini. Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi merakamkan semerbak budi seikhlas hati atas kesudian Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan berangkat hadir ke Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021. 

Selamat Hari Malaysia,

Sabah Maju Jaya,

Salam Keluarga Malaysia.

Sekian, terima kasih.

KM Hajiji Mesyuarat Bertindak Dengan Menteri Kesihatan Malaysia – Covid 19

Mesyuarat Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) peringkat negeri Sabah hari ini telah dipengerusikan bersama oleh saya dan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin di Menara Kinabalu, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Fokus utama perbincangan adalah menjurus kepada usaha Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan untuk memerangi COVID-19 di negeri ini khususnya menerusi program imunisasi dan juga keperluan-keperluan pengurusan pandemik COVID-19 yang lain. Antara intipati utama perbincangan adalah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menghantar 2.89 juta dos vaksin pada bulan September ke negeri Sabah.

Dengan penghantaran bekalan vaksin ini kita dapat meningkatkan kadar vaksinasi harian kepada 60,000 hingga 70,000 dos sehari sekaligus membantu kerajaan negeri mencapai sasaran 60% daripada jumlah populasi dewasa di negeri ini mendapat vaksinasi lengkap menjelang akhir bulan September, dan 80% menjelang akhir bulan Oktober.Kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) juga akan meneruskan serta mempertingkatkan program ‘Mobile Outreach’ pada bulan September dan Oktober yang akan melibatkan lebih 130 program bagi memperluaskan jangkauan program imunisasi ke kawasan pedalaman.

InsyaAllah, selepas Sabah mencapai kadar imuniti kelompok bulan Oktober nanti, kita akan meneruskan program vaksinasi kepada golongan remaja terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

Selain itu 480 unit silinder oksigen, 24 kotak regulator oksigen dan 5 buah kotak ubat-ubatan COVID-19 akan sampai ke negeri Sabah pada hari esok melalui penghantaran khas oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebagai tambahan, Unit Rawatan Rapi (ICU) modular dengan kapasiti 10 katil untuk kegunaan Hospital Tawau dan 29 buah ambulans tambahan untuk keperluan hospital-hospital di negeri Sabah juga akan dihantar pada kadar segera.

Kementerian Kesihatan juga akan membuat mobilisasi tenaga kerja iaitu seramai 97 pegawai lantikan telah di arah melapor diri ke Sabah pada Ogos dan September, 50 orang pegawai perubatan akan ditawarkan pelantikan tetap bermula 13 September dan baki keperluan pegawai perubatan akan ditampung dengan pengisian pegawai perubatan siswazah. Selain itu, 78 penolong pegawai perubatan dari Kolej Eastern yang telah dimobilisasi ke Selangor tempoh hari akan dihantar semula bertugas ke negeri Sabah selewat-lewatnya akhir minggu ini.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II, YB Tuan Haji IR. Shahelmey Bin Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Negeri Sabah, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Bin Abdullah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (KPPAN), Dr Rose Nani Mudin, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan para pegawai tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). #SabahMajuJaya

Ketua Menteri Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Sakaran

Datuk Hajiji Noor selaku Ketua Menteri yang mewakili kerajaan dan rakyat Sabah serta diri dan keluarganya mengucapkan takziah pada keluarga Tun Sakaran Dandai.

Tun Sakaran meninggal dunia pagi tadi akibat jangkitan Covid 19 di satu pusat perubatan swasta di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Sabah kehilangan seorang tokoh negarawan yang banyak berjasa berikutan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandani, akibat jangkitan COVID-19 pagi tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham amat signifikan dan besar maknanya kepada Sabah dan negara.

Beliau berkata, legasi perjuangan Sakaran terpahat kukuh dalam sejarah Sabah dan dikenang rakyat negeri ini selama-lamanya.

“Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Sakaran, bekas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah terutama kepada isteri beliau, Toh Puan Datin Seri Panglima Siti Rukaiyah Abdullah.

Kerajaan Sabah Yakin Kabinet Baru Mampu Tangani Covid 19

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah meletakkan keyakinan terhadap kemampuan barisan Kabinet baharu Kerajaan Persekutuan dalam menangani cabaran ekonomi negara akibat pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor turut menyifatkan Kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu sebagai sebuah pasukan berorientasikan tindakan yang mampu melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Rakyat meletakkan jangkaan yang tinggi kepada mereka (barisan Kabinet) dan berharap dengan pasukan baharu ini, kita kini dapat menumpukan usaha pemulihan ekonomi dan mengatasi pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Dalam pengumumannya semalam, Ismail Sabri menamakan dua menteri dan empat timbalan menteri dari Sabah menyertai Kabinetnya.

Dua menteri terbabit ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang memegang semula portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dilantik semula sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata pelantikan semula Maximus dan Ronald membolehkan mereka meneruskan apa yang sudah dirancang sebelum ini.

“Kerajaan negeri akan bekerja rapat dengan Maximus untuk menyuarakan semua perkara berkaitan hak negeri seperti termaktub dalam dokumen sebelum kemerdekaan seperti Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Portfolio Ronald pula penting dalam membantu kerajaan negeri mencapai pelan pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menggariskan sektor pertanian sebagai komponen utama,” katanya.

Sementara itu, katanya beliau juga yakin dua muka baharu timbalan menteri dari Sabah, iaitu Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa dan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin mampu menggalas tugas yang diamanahkan dengan baik.

Selain mereka, dua lagi timbalan menteri dari Sabah dilantik menganggotai Kabinet baharu Kerajaan Persekutuan ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yasin dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup.

© New Straits Times Press (M) Bhd