PH Tanding Guna Logo GRS Terus GRS Bukan Lagi Parti Tempatan?

Mari kita jawab pembohongan pihak Warisan ke atas GRS.

Kenapa pula jika calon PH bertanding menggunakan  logo GRS maka status GRS akan bertukar bukan lagi parti tempatan, apa alasannya? tiada kalau ada pun pasti tidak bersambung.

Apa lagi calon DAP pada pilihan raya negeri 2020  bertanding menggunakan logo Warisan dan kenapa Warisan masih dianggap parti tempatan, apa alasannya? Jika benar status GRS akan terjejas.

Itu aku nyatakan di atas apapun alasannya pasti tidak bersambung kecuali ada sebab tertentu, nanti aku nyatakan selepas ini.

Nah jangan kamu percaya dan terpedaya oleh retorik, sentimen, propaganda yang datang dari pihak Warisan.

Siapa tidak kenal kualiti pemimpin Warisan yang bukan hanya agenda parti yang mereka ubah sesuka hati. Mereka sendiri kalau membuat dakwaan kebanyakan cakap tidak serupa bikin.

Sebab itulah baru saja semalam, beberapa pemimpin Warisan membabitkan tiga daerah bertindak meninggalkan parti Warisan ;

https://jalinluin.com/2026/06/09/ahli-majlis-tertinggi-pimpinan-bahagian-dan-ajk-bahagian-meninggalkan-parti-warisan/ 

Kamu tahu apa alasan Presiden Warisan apa bila pemimpin dan ahli meninggalkan Warisan, kononnya ia pembersihan semulajadi.

Semulajadi apanya kalau disebabkan kepimpinan tertinggi Warisan itu sendiri rata rata cakap tidak serupa bikin. Bila berhadapan dengan kelompok masyarakat tertentu ucapan mereka tidak sama dengan kelompok masyarakat yang lain. Bila kantoi banyaklah alasan yang dijadikan sandaran walaupun tidak logik.

Parti Warisan ada Cawangan dan Bahagian  di Semenanjung. Jelas ini membuktikan Warisan adalah parti nasional. Tapi tanpa rasa malu  jentera Warisan  mendakwa Warisan adalah parti tempatan. Macam saja rakyat Sabah ni buta huruf. Pui!

Tanpa PH yang bekerjasama dengan Warisan sebelum pilihan raya 2018. Shafie tidak akan merasa jawatan Ketua Menteri Sabah.

Jadi dakwaan GRS bukan lagi parti tempatan kerana PH bertanding menggunakan logo GRS. Jangan kamu terpedaya, sebaliknya berdasarkan fakta dan sejarah, sama sekali parti Warisan tidak lagi layak dianggap parti tempatan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading