Kenapa semakin jentera Warisan lancang mengkritik kerajaan negeri atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor semakin itu pula ramai yang meninggalkan parti Warisan. Pertayaannku kenapa? Hahaha!


Ini berita yang viral hari ini. Bahwa ada Ahli Majlis Tertinggi Warisan merangkap Naib Ketua Bahagian Warisan Kota Belud, Mohd Taib Isai dan beberapa lagi pimpinan dan ahli parti dari pelbagai peringkat bertindak meninggalkan parti Warisan.
Sebab mereka meninggalkan perjuangan lama, kerana tidak lagi percaya pada pucuk pimpinan tertinggi parti, terutama Presiden Warisan Shafie Apdal.
Tidak lagi mempedulikan pendapat mereka dan semakin jauh daripada aspirasi rakyat Sabah.
Sebaliknya mereka menaruh kepercayaan pada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor setelah berjaya menstabilkan politik serta menyatukan pelbagai pemimpin di peringkat akar umbi.
Berikut senarai pimpinan Warisan yang meninggalkan parti Warisan dan menyokong Gagasan Rakyat.
1. Mohd Taib Isai Ahli Majlis Tertinggi Warisan merangkap Naib Ketua Bahagian Kota Belud
2. Datin Roziah Ketua Wanita Warisan Kudat merangkap Exco Wanita Pusat
3. Maini Tapah Wanita Pusat Ketua Wanita Warisan Kota Marudu merangkap Exco
4. Masilah binti Lidah Ketua Wanita Warisan Sandakan merangkap Exco Wanita Pusat
Pimpinan Bahagian
1. YBhg. Datuk Hanjan Samit – Mantan Ketua Bahagian Warisan Kota Belud
2. Andrew Lintangah – Mantan Naib Ketua Bahagian Warisan Kota Belud
3. YBhg. Datuk Arif Abdullah – Penyelaras DUN Tanjung Kapor, Kudat
4. Cikgu Abu Bakar Angkang Warisan Kudat Mantan Timbalan Ketua Penaja Bahagian
Ahli Jawatankuasa Bahagian
1. Cikgu Peter Gabil – Ahli Jawatankuasa Bahagian Warisan Kota Belud
2. Duin Madsangir – Ahli Jawatankuasa Bahagian Warisan Kota Belud





















