
Tadi lagi aku nampak tajuk berita ni. Aku teruskan membaca sebab kejadian berlaku di kawasan yang diwakili YB makan gaji buta, Semporna.
Bahawa seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah atas kesalahan mencuri elektrik melalui sambungan haram di sebuah penempatan setinggan di Semporna.
Keputusan itu dibuat Mahkamah Sesyen Tawau hari ini selepas tertuduh, Abdul Hamid ??? mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 61(1) dan Seksyen 61(8) Enakmen Bekalan Elektrik 2024 (EBE 2024).
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan bagi pertuduhan kedua.
Sejurus membaca berita ini aku meninggalkan satu komen kalau iyapun jangan nyatakan nama penuh mereka, kerna siapapaun dia apa lagi kesalahan seperti itu aib tetap aib.
Manusia yang komplekated ini Allah yang cipta jadi tak kan begitu mudah kita sesama manusia merendahkan martabat manusia.
Kalau individu itu seorang publik figure ia dibolehkan, tapi jangan sampai bertukar menjadi fitnah. Macam yang dilakukan oleh jentera pembangkang khususnya Warisan. Tidak kenal halal haram macam orang yang tiada tamadun.
Apapun aku menyokong penguatkuasaan ini supaya jadi pengajaran pada orang lain.






















Leave a Reply